ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor berkongsi pendapat peribadinya mengenai isu perceraian yang berlaku dalam kalangan selebriti tempatan sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: Bell Ngasri Akui Gelabah Bakal Disaman, Lega Rosyam Nor Tahu Situasi Sebenar – ‘Saya Ini Penakut Sikit’

Artikel Berkaitan: Rosyam Nor Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Difitnah Beri Nasihat ‘Pedas’ Buat Fattah Amin – ‘Aku Seret Korang Pergi Mahkamah’

Ini urusan Tuhan

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==

Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Rosyam berkata, setiap perceriaan itu tidak semestinya membawa kepada bencana. 

Bagi saya sesetengah perceraian ada juga yang membawa kepada kebahagian. Sebab bercerai ini bukan urusan kita. Ini urusan Tuhan dan siapa kita nak cakap dan tentukan mengenai perkara ini.

Tambah Rosyam, apa yang sedang berlaku pada masa ini boleh dikatakan sebagai ujian buat mereka yang melaluinya.

Ketika ini Tuhan nak duga kita (artis) semua bercerai. Jodoh pertemuan kita semua ketentuan Tuhan.

Rosyam yang ditemui di lokasi penggambaran ‘Susuk Bidadari’ arahan Faizal Nadxaman (Jai Ho) turut mengakui bahawa dia mempunyai perasaan takut apabila berbicara soal tersebut.

Saya ni pun takut sekiranya usia sebegini diuji. Saya dan isteri dah 38 tahun bina rumah tangga. Bahkan kami dah ada cucu.

Sekadar info, Rosyam dan Datin Runika Mohd Yusof telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1989. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang anak perempuan.

Terdahulu, beberapa pasangan selebriti mengumumkan berita perceraian mereka di media sosial. Terbaru, penyanyi Kaka Azraff didakwa sudah sah bercerai dengan suaminya iaitu Adam Azriff di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pagi tadi. Bukan itu sahaja, aktres Diana Danielle membuat pendedahan mengejutkan apabila mengumumkan akan bercerai dengan suaminya, Farid Kamil.





Source link

-55%
[ADM] BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI
Shopee.com.my
5.0
RM8.00 RM18.18
[ADM] BANGKITLAH SELEPAS BERCERAI
Cerita Sebelum Bercerai Fahd Pahdepie Myindobook MALAYSIA
Shopee.com.my
4.9
RM38.90
Cerita Sebelum Bercerai Fahd Pahdepie Myindobook MALAYSIA
Bersatu Teguh Bercerai Roboh: Siri Wacana ILMAN: Perpaduan Nasional
Shopee.com.my
RM35.00
Bersatu Teguh Bercerai Roboh: Siri Wacana ILMAN: Perpaduan Nasional

Leave a Reply