Bekas Adun DAP Ronnie Liu memuji Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh yang menurutnya “beralih” daripada membuat kenyataan berbaur perkauman.

Secara khusus, Liu merujuk kepada gesaan Akmal kepada kerajaan untuk membentuk suruhanjaya siasatan diraja (RCI) terhadap skandal Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan pelaburan Khazanah Nasional Berhad yang merugikan dalam jenama tempatan Fashion Valet.

“Saya rasa dia (Akmal) tak berani jumpa saya. Dia tahu dia tiada apa-apa untuk dimenangi dengan segala-galanya untuk kalah.

“Mungkin sekarang dia sudah beralih dan jadi saya mahu memujinya atas gesaan RCI. Baguslah dia tidak lagi mencipta masalah yang tidak perlu,” kata Liu kepada Malaysiakini hari ini.

“Itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan sebagai ahli politik yang sedang meningkat naik. Fokus kepada isu penting, bukannya membuat gesaan untuk memboikot ini dan itu,” katanya.

Akmal menjadi tumpuan dalam kalangan berbeza pada kemuncak kontroversi stokin KK Mart tertera kalimah Allah apabila dia menggesa boikot terhadap kedai serbaneka itu.

Sejak itu, doktor yang bertukar menjadi ahli politik itu berada di barisan hadapan dalam isu berkaitan kaum dan agama.

Bulan lalu, Liu mendedahkan misinya untuk menghalang Akmal daripada membuat kenyataan perkauman, dan dia telah menghubungi Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menetapkan pertemuan dengan Adun Merlimau itu.

Dia membuat permintaan itu selepas Akmal membuat respons tegas berhubung kontroversi semasa perarakan di Teluk Intan, di mana penganjur – Persatuan Kebudayaan Guan Gong – akhirnya memohon maaf kerana warga China mengibarkan bendera negara mereka pada majlis itu.

Liu, yang juga penasihat persatuan itu, berkata hari ini bahawa Zahid mahupun Akmal tidak menjawab permintaan pertemuannya.

“Dia (Akmal) berdiam di luar kebiasaannya,” kata bekas Adun Sungai Pelek itu, yang menyatakan bahawa Akmal pada masa lalu cepat bertindak balas dan menyerang pemimpin DAP termasuk Teresa Kok dan Nga Kor Ming.

“Dia (Zahid) sedang menunggu jawapan Akmal. Dia tak boleh paksa dia jumpa saya, kan?” tambah Liu.

Peserta perarakan dari China dilihat mengibarkan bendera negara mereka semasa Festival Kebudayaan Guan Gong di Johor Bahru

Gesaan Akmal untuk RCI menyiasat isu mengenai Nafas dan Fashion Vaelt disiarkan di Facebook pagi ini.

Dalam catatan Facebook malam tadi, Liu melabel Akmal sebagai “pengecut” dan mendakwa bahawa beberapa telatahnya kelihatan lebih teruk daripada “pemimpin PAS tertentu”.



Source link

Door Bell Switch ,Door bell 110/220V outdoor waterproof switch Cover loceng pintu loceng beralih
Shopee.com.my
4.9
RM4.99
Door Bell Switch ,Door bell 110/220V outdoor waterproof switch Cover loceng pintu loceng beralih
Pelaras Bag Petak Palang Beralih Tali Buckle Adjustable Triglide Slide Tape Bag Buckle 20mm 25mm 32mm 38mm 50mm
Shopee.com.my
5.0
RM2.80
Pelaras Bag Petak Palang Beralih Tali Buckle Adjustable Triglide Slide Tape Bag Buckle 20mm 25mm 32mm 38mm 50mm
Door bell 110/220V , Door Bell Switch , 2wire door bell loceng pintu loceng beralih luaran penutup
Shopee.com.my
4.8
RM5.29
Door bell 110/220V , Door Bell Switch , 2wire door bell loceng pintu loceng beralih luaran penutup

Leave a Reply