KUALA KANGSAR – Kerajaan diharap mengekalkan peruntukan yang diberikan kepada ahli-ahli Parlimen bebas yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2025.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berkata, peruntukan tersebut penting dalam memastikan rakyat di kawasan menikmati pelbagai insentif yang bakal disediakan kerajaan menerusi belanjawan itu.

“Belanjawan kali ini saya harap untuk rakyat kerana keadaan ekonomi dunia dengan peperangan masih tercetus di Asia Barat. Saya nak rakyat di Kuala Kangsar ini juga dapat manfaat daripada belanjawan ini.

“Kalau ditanya memanglah nak penambahan (peruntukan kepada wakil rakyat) tetapi kalau kekal Alhamdulillah, yang penting kita buat kerja untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Lepasan Sekolah Clifford Kuala Kangsar (OCA) di Dewan Tun Hamdan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Iskandar Dzulkarnain turut meminta kerajaan memberikan perhatian terhadap infrastruktur yang uzur dan perlu dinaik taraf untuk kemudahan masyarakat setempat.

Jelasnya, Pusat Kesihatan Manong antara infrastruktur yang memerlukan peruntukan untuk dinaik taraf dan diharap menjadi keutamaan di dalam Belanjawan 2025 nanti.

Menurutnya, selain kemudahan kesihatan, beberapa keperluan untuk menaik taraf infrastruktur pendidikan akan turut dibangkitkan pada sidang Parlimen kali ini.

Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang akan bersidang selama 35 hari bermula Isnin ini hingga 12 Disember depan.

Belanjawan bertemakan Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera itu adalah belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar dan terakhir di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sebelum menginjak ke RMK13 bagi tempoh lima tahun akan datang.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 itu berlangsung pada 4 petang, 18 Oktober dan akan dibahas di peringkat dasar bermula 28 Oktober hingga 5 November sebelum jawapan oleh menteri-menteri selama empat hari.

Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa bermula 13 November hingga 3 Disember untuk diluluskan Dewan Rakyat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

[#40] Social Media Marketing Budget Excel Template / Templat Excel Belanjawan Pemasaran Media Sosial
Shopee.com.my
5.0
RM4.99
[#40] Social Media Marketing Budget Excel Template / Templat Excel Belanjawan Pemasaran Media Sosial
[#34] Channel Marketing Budget Excel Template / Template Excel Belanjawan Pemasaran
Shopee.com.my
5.0
RM5.00
[#34] Channel Marketing Budget Excel Template / Template Excel Belanjawan Pemasaran
-55%
⭐Dalam stok⭐ berwarna-warni Marmar A6 Binder dengan Sampul Tunai Poket Zip untuk Folder Penyimpanan Wang Belanjawan
Shopee.com.my
5.0
RM7.64 RM16.98
⭐Dalam stok⭐ berwarna-warni Marmar A6 Binder dengan Sampul Tunai Poket Zip untuk Folder Penyimpanan Wang Belanjawan
【JUALAN PANAS】Penutup Marmar A6 Binder dengan Sampul Wang Poket Zip Sudut Perlindungan untuk Buku Penyimpanan Wang Belanjawan
Shopee.com.my
RM49.99
【JUALAN PANAS】Penutup Marmar A6 Binder dengan Sampul Wang Poket Zip Sudut Perlindungan untuk Buku Penyimpanan Wang Belanjawan
【JUALAN PANAS】Pengikat Marmar A6 berwarna-warni dengan Sampul Tunai Poket Zip untuk Folder Penyimpanan Wang Belanjawan
Shopee.com.my
RM12.99
【JUALAN PANAS】Pengikat Marmar A6 berwarna-warni dengan Sampul Tunai Poket Zip untuk Folder Penyimpanan Wang Belanjawan
TRAVEL EXPENSE BUDGET TABLE JADUAL BELANJAWAN PERBELANJAAN PERJALANAN
Shopee.com.my
RM19.99
TRAVEL EXPENSE BUDGET TABLE JADUAL BELANJAWAN PERBELANJAAN PERJALANAN
Monthly College Budget Belanjawan Bulanan Kolej 每月大学预算
Shopee.com.my
RM15.00
Monthly College Budget Belanjawan Bulanan Kolej 每月大学预算
SME-Monthly Budget Belanjawan Bulanan PKS 中小企业每月预算
Shopee.com.my
RM25.00
SME-Monthly Budget Belanjawan Bulanan PKS 中小企业每月预算

Leave a Reply