Untuk makluman, Cengild Medical Berhad baru sahaja mengumumkan pelantikan Ms Lee Wai Fern sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bermula serta merta. Sebelum ini, beliau merupakan CEO di Sunway Medical Centre Penang.
Ms Lee mempunyai latar belakang dalam bidang perakaunan dan kewangan. Kerjayanya bermula pada tahun 2001 di Loh Guan Lye Specialists Centre sebagai Pengurus Kanan. Selepas itu, beliau berkhidmat di AIC Display Sdn Bhd sebagai Pengurus Kewangan/Sumber Manusia dan Pentadbiran, sebelum bergabung dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd sebagai Pengurus Kewangan.
Usai itu, beliau menyertai Pantai Cheras Medical Centre sebagai Pengurus Kewangan, diikuti oleh peranan sebagai Pengarah Kewangan di Sunway Medical Centre. Kemudian, Lee mengambil alih sebagai Ketua Kewangan di SMRT Holdings Berhad sebelum beralih ke jawatan Ketua Pegawai Operasi di Island Hospital. Akhir sekali, beliau menjawat jawatan sebagai CEO di Sunway Medical Centre Penang.
Dengan pengalaman luas di pelbagai organisasi perubatan, banyak orang percaya beliau akan membawa inovasi dan membawa Cengild ke tahap yang lebih tinggi. Kita semua tertunggu-tunggu langkah seterusnya daripada beliau!