“Bayangkan otak anda di penuhi dengan telur cacing!”


“Bayangkan otak anda di penuhi telur telur cacing!”

Ya itu boleh terjadi sekiranya anda GAGAL menjaga kebersihan.

Kes unik ini telah mendapat perhatian seluruh dunia dan telah di laporkan didalam Journal perubatan yang terkenal untuk perkongsian bersama.

Seorang remaja yang sedang melakukan aktiviti hariannya tiba-tiba rebah ke lantai.

Saksi menyatakan beliau mengalami kejang otot pada tangan dan kakinya. Giginya tertutup ketat, kelopak mata terbuka dan mata memandang ke atas dan tidak sedarkan diri. Buih buih keluar dari mulut.

Beliau dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemeriksaan dan ujian telah dilakukan. Ujian scan otak menemui penemuan yang sungguh mengejutkan.

Bulatan bulatan putih aneh yang di lihat di filem di sahkan merupakan telur telur cacing yang telah bersarang di otak.

Bukan sahaja di otak, telur cacing juga ditemui di mata dan buah zakar remaja terbabit.

Doktor telah memberikan ubat radang dan remaja tersebut diarahkan pulang.

Namun malangnya, beliau gagal diselamatkan dan meninggal dunia selepas dua minggu menerima rawatan. 😢
.
Mengapakah cacing pita boleh bersarang di otak mangsa ini?

Faktor sanitasi dan kebersihan.

Memakan daging yang dijangkiti parasit ini juga menyebabkan taeniasis.

Langkah pencegahan taeniasis/sistiserkosis
✅ Kebersihan makanan adalah penting
✅ basuh tangan dengan sabun setiap kali menggunakan tandas
✅ penyediaan makanan. (Telur akan mati dengan kesejukan -20°C selama 1–3 days)
✅ Memasak daging sekurang-kurangnya hilang warna merah jambu pada suhu 60-65°C. Orderlah welldone untuk lebih selamat.




Source

6 COMMENTS

  1. saya telan ubat cacing zaman takda anak lagi, sebelum tahun 2019 lagi.. 2 hari lepas baru ambil pulak.. ni untuk saya suami isteri dan dua anak.. lepas ni kena cakna bab ubat cacing.. kena ambil 6 bulan sekali..

Leave a Reply