Bayangkan bangun setiap hari dengan wajah yang membuat orang berpaling. Warna hijau Elphaba dalam Wicked bukan hanya sekadar kulit, tetapi simbol bagaimana dunia melihat dan melabelkan mereka yang berbeza
Setiap langkahnya disalah faham, setiap niat baik dipandang sinis. Dia dibuli, dipinggirkan, dan dilabel sebagai “jahat” hanya kerana dia tidak kelihatan seperti orang lain.
Namun, daripada membiarkan luka itu melemahkannya, Elphaba memilih untuk bangkit. Pengalaman pahitnya menjadi api yang membakar semangatnya untuk berdiri teguh dan melawan ketidakadilan dunia.
Jika anda pernah dipinggirkan atau dibuli, ingatlah, Apa yang anda lalui adalah bukti kekuatan anda. Tidak semua orang mampu bertahan seperti anda.
Gunakan pengalaman itu untuk membina diri, bukan untuk meruntuhkan harapan. Jadikan ia pengingat bahawa walaupun dunia boleh kejam, anda lebih hebat daripada apa yang mereka fikirkan.
Wicked 9/10