IPOH: Orang ramai ketika berada di rumah pelajar lelaki tingkatan lima yang terkorban dalam nahas membabitkan kenderaan dipandu pegawai kanan polis di Jalan Taman Jati, Meru di sini semalam, hiba melihat tangisan seorang lelaki yang juga bapa mangĀ­sa.

Kehilangan anak bongsu empat beradik itu benar-benar memberi kesan sehingga menyebabkan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, gagal mengawal emosi hingga menangis teresak-esak.

Ekoran terlalu sedih, lelaki itu juga dilihat rebah ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini hari ini.

Ketika kunjungan tersebut, bekas pesara tentera itu meluahkan rasa kesal dan kecewa mereka sekeluarga terhadap kejadian menimpa Muhammad Zaharif Affendi kepada Mohd. Yusri.

Katanya, dia sama sekali tidak menyangka ada individu yang tergamak melakukan perbuatan tersebut terhadap anaknya.

ā€œSampai hati dia buat macam ini kepada anak saya,ā€ katanya.

Dalam pertemuan hampir 30 minit itu, Muhd Zamrie hanya mahukan satu siasatan telus dijalankan agar keadilan dapat dibuktikan atas kematian anaknya.

ā€œSaya tidak mahu kejadian sama berulang dan jadi pada anak-anak orang lain,ā€ katanya.

Selain polis, keluarga mangsa turut menerima kunjungan Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh yang hadir memberi sokongan moral dan sumbangan peribadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah dan Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson.-UTUSAN

Source link

BUKU IKAN AIR TAWAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA No. ISBN: 9789836219565
Shopee.com.my
5.0
RM18.00
BUKU IKAN AIR TAWAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA No. ISBN: 9789836219565
KUMPULAN CERPEN: SASTERAWAN NEGARA ARENA WATI: BAGAI SARANG BURUNG DI RANTING No. ISBN: 9789834919528
Shopee.com.my
4.9
RM13.50
KUMPULAN CERPEN: SASTERAWAN NEGARA ARENA WATI: BAGAI SARANG BURUNG DI RANTING No. ISBN: 9789834919528
DBP - Koleksi Buku Cerita Kanak-Kanak | Cerita Rakyat dan Dongeng Negeri di Malaysia | buku cerita murah
Shopee.com.my
4.9
RM8.00
DBP - Koleksi Buku Cerita Kanak-Kanak | Cerita Rakyat dan Dongeng Negeri di Malaysia | buku cerita murah
HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH: MEMPERTINGKATKAN KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
Shopee.com.my
5.0
RM10.00
HUBUNGAN ETNIK DI SEKOLAH: MEMPERTINGKATKAN KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Leave a Reply