KEMELUT rumah tangga pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin yang sudah diheret ke mahkamah syariah masih berada di carta teratas topik perbualan hangat khalayak ketika ini.

Pelbagai teori pergolakan yang sebelum itu dinafikan kedua-dua pihak sudah dikupas termasuk kenyataan daripada individu terdekat Fazura mendakwa Fattah curang dengan penata gaya isteri sendiri.

Lantas laman sosial aktor itu berdepan serangan bertubi-tubi golongan yang cukup pantang apabila membabitkan penyondol atau orang ketiga.

Setakat ini kebenaran belum terbukti walaupun pada masa sama wanita berstatus ibu tunggal itu turut berdepan kecaman hebat.

Cuma peliknya kenapa Fazura seakan-akan memberi lampu hijau kepada pekerjanya untuk masuk campur urusan peribadi dan hal ehwal rumah tangga.

Bukankah lebih manis jika diselesaikan antara dia dan suaminya sahaja tanpa perlu pihak terdekatnya pula menjadi ejen tidak berbayar?

Kita tahu Fazura memang baik, seperti yang dikongsikan rakan-rakannya dalam media sosial mereka. Cuma apabila orang sekeliling bersuara kononnya mahu mendedahkan kebenaran, macam ada yang tak kena.

Kini, netizen pula yang dituduh pencetus cerita kecurangan Fattah. Eh, biar betul? Bukankah individu terawal yang bangkitkan hal curang itu pekerja Fazura sendiri? Pening pula kita.

MIZZ LAHAR: Teringat kes cerai cara baik Noor Nabila terhadap Sharnaaz Ahmad.





Source link

Leave a Reply