PONTIAN – Jumlah mangsa banjir di daerah Pontian terus meningkat sehingga pukul 10 malam ini menyaksikan seramai 238 mangsa dipindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD ) Pontian, Kapten (A) Muhammad Izzudin Ali berkata, mangsa yang terlibat terdiri daripada 148 orang yang berlindung di PPS Seri Anom.

Menurutnya, manakala di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Markom dengan 67 mangsa melibatkan 16 keluarga.

“Di PPS di Komplek Muafakat Sungai Pinggan pula seramai 23 mangsa daripada 6 keluarga.

“Secara keseluruhan mangsa banjir di Pontian bertambah malam ini dengan seramai 238 mangsa dari 67 keluarga,” ujarnya.

Katanya, setakat ini operasi penempatan mangsa banjir serta dan kebajikan mereka di tiga buah PPS berjalan dengan lancar dengan pengelibatan agensi-agensi di bawah JPBD selain bantuan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).-KOSMO! ONLINE





Source link

-22%
Floor Drain - Anti-Odor/Cockroach/Banjir stainless Automatic Got Filter
Shopee.com.my
RM15.95 RM20.45
Floor Drain - Anti-Odor/Cockroach/Banjir stainless Automatic Got Filter
Floor Drain - Anti-Odor/Cockroach/Banjir stainless Automatic Got Filter
Shopee.com.my
RM15.95
Floor Drain - Anti-Odor/Cockroach/Banjir stainless Automatic Got Filter
Pretzel Banjir #dessertloveu
Shopee.com.my
RM16.00
Pretzel Banjir #dessertloveu
White Chocolate Cranberries
Shopee.com.my
RM16.00
White Chocolate Cranberries

Leave a Reply