Bang & Olufsen (B&O) telah melancarkan Beoplay H100, sepasang fon telinga tanpa wayar over-ear terbaru yang paling mahal setakat ini. Dihargakan pada US$1,549 (~RM6,765), model ini menggantikan H95 sebagai model flagship mereka.
Dari segi spesifikasi, H100 dilengkapi dengan Pemacu Titanium Elektro-dinamik 40mm, masing-masing satu di setiap cup telinga, dengan julat frekuensi antara 10Hz hingga 20KHz, dan mampu mencapai 40KHz dalam mod Hi-Res. Ia juga menyokong Dolby Atmos dan, sudah tentu, Penyaringan Bunyi Aktif (ANC) yang B&O dakwa dua kali ganda lebih kuat berbanding H95.
Bahagian luar earcup dan bantalan kepala menggunakan kulit domba, manakala rangka dibuat daripada aluminium dan kain knitted. Untuk kawalan, bahagian belakang earcup H100 dilengkapi dengan antara muka sentuh kaca tahan calar yang B&O katakan terinspirasi oleh perhiasan halus untuk pilihan warna hitam, pasir, dan aprikot. Selain itu, ia datang dengan jaminan lima tahun.
Satu lagi ciri menarik tentang H100 adalah ia kini modular, dengan B&O menyatakan bahawa anda boleh menukar bahagian dengan mudah. Ini termasuk headband, cushion, bateri, dan bahkan pemacu.
Untuk hayat bateri, H100 boleh bertahan sehingga 32 jam dengan pengecasan tunggal dalam mod ANC aktif. Di samping itu, fon telinga ini mempunyai mod kuasa rendah, serupa dengan Apple AirPods Max, yang aktif apabila di luar bekas penyimpanan tetapi tidak dipakai.
B&O Beoplay H100 sudah boleh didapati di laman utama jenama, tetapi pada masa penulisan ini, masih tiada maklumat mengenai ketersediaan dan harga tempatan.
(Sumber: B&O, Engadget)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.