Balik KL sat harini. Pilih untuk lalu WCE sebab masih free.

Masuk ikut exit Changkat Jering, Alhamdulillah jalan elok dan lancar, lori pun tak banyak, dan ada segmen yang memang lalu jalan kampung. Akhirnya dia tembus di Tanjung Karang, dan boleh pi ke Rawang samada melalui Latar atau Guthrie, atau masuk Plus balik dan keluar ke Jalan Duta. Kalau lajak lagi boleh sampai Pelabuhan Klang.

Jarak jauh sikit, tapi jalan agak lebar, kurang berbukit (lega sikit tak lalu Menora) dan jalan suasana kampung (2 lane) yang banyak pilihan kedai makan dan kerepek yang pelbagai, selain masjid – masjid kampung dan pekan yang cantik dan kemas.

Kalau dari Jitra nak balik Teluk Intan, Hutan Melintang atau Sabak Bernam, memang syok lalu jalan ni lagi.

Kredit.. Hisham syarif

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==
ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==


Source

2 COMMENTS

Leave a Reply