Kurung Kerawang Untuk Adik
Pelakon: Syafie Naswip, Noorkhiriah, Puteri Rafasya, Hariz Hamdan, Hafiz Nolan, Farhan Nordin, Idzham Ismail, Zarynn Min, Nasz Sally
Shazwi (Syafie Naswip) atau Along bersama dgn 3 adiknya, dibesarkan oleh ibunya sendirian. Salah seorang adik perempuannya, Yana atau angah merupakan seorang OKU dan mengidap penyakit jantung kronik dan memerlukan penjagaan lebih. Kerana penyakitnya, Yana kerap kali diserang sawan dan mulutnya berbuih. Walaupun masih bersekolah, Shazwi terpaksa menggalas tanggungjawab menjaga adik dan keluarganya ketika ibunya keluar bekerja.
Yana perlukan pembedahan segera, tetapi oleh kerana kesempitan hidup, mereka terpaksa tangguhkan pembedahan itu. Bagi Shazwi, satu2nya harapan untuk meminta bantuan adalah dari Paksu mereka, iaitu adik kepada ayah mereka. Walaupun ibunya membangkang, tetapi bagi Shazwi, mereka tidak mempunyai cara lain untuk mendapatkan wang pembedahan adiknya.
Satu hari, Yana diserang sawan dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Dalam keadaan panik dan terdesak, Shazwi telah pergi ke rumah paksunya dan merayu meminta tolong untuk meminjam wang dari maksunya. Kerana terlalu mendesak, Shazwi tanpa sengaja telah mencederakan maksunya dan kerana itu dia telah dihukum penjara selama 2 tahun.
Selepas keluar dari penjara, Shazwi tidak mahu terus pulang ke rumah, tetapi ingin mencari kerja untuk membeli baju kurung kerawang buat adiknya, Yana.
Mampukah Shazwi mendapatkan pekerjaan dan dalam masa yang sama menepis pandangan serong masyarakat kerana dia adalah bekas banduan.
Kurung Kerawang Untuk Adik boleh ditonton di Astro GO.
#AstroGo
#StreamOnAstro