UiTM baru saja dapat tambahan RM20 juta untuk latih lebih ramai jurutera Elektrik dan Elektronik (E&E).
Semasa pembentangan Bajet 2025, PMX menyatakan bahawa pemberian ini adalah untuk memastikan penyertaan Bumiputera dalam sektor semikonduktor, yang merupakan industri yang sedang berkembang pesat di negara kita.
Dalam pada itu, Permodalan Nasional Berhad juga akan lancarkan Program Literasi MADANI, yang memberikan akaun ASB percuma bernilai RM50 untuk 100,000 pelajar baru dalam pengajian tinggi. Bayangkan, kalau ada ribuan pelajar yang mula simpan wang dari awal, boleh jadi deposit untuk masa depan mereka!
Kerajaan juga komited untuk tingkatkan kualiti institusi pengajian tinggi. Sebanyak RM635 juta diperuntukkan untuk memperbaiki infrastruktur, mengganti peralatan lama, dan memperluas akses internet di semua universiti awam. Ini sangat penting, terutama bagi pelajar dalam era digital sekarang!
Tunggu berita lanjut ya!