Awantec Behad melalui anak syarikatnya telah memasuki Perjanjian Perkhidmatan dengan Sabah Net Sdn. Bhd. untuk langganan Lesen Google Workspace Enterprise Starter.
Berdasarkan perjanjian itu, Awantec akan menyediakan 10,384 Lesen Google setiap tahun kepada SNSB untuk tempoh lima tahun bermula pada 1 Ogos 2024 dan berakhir pada 31 Julai 2029.
Sabah.net adalah milik penuh oleh Kerajaan Negeri Sabah dan bertanggungjawab dalam memimpin transformasi digital Sabah dalam sektor awam Sabah.
Sebagai pertimbangan bagi Awantec menyediakan perkhidmatan tersebut, Sabah.net akan membayar Awantec sejumlah Ringgit Malaysia: Sembilan Juta RM9,968,640.00.