ATLET yang menyertai Sukan Para Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 digalakkan untuk menggunakan kecacatan mereka sebagai daya pendorong untuk mencapai kecemerlangan dalam Sukan ini, yang akan berlangsung dari 22 hingga 28 September.
Menteri Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah menekankan kepentingan memberikan dorongan dan sokongan kepada setiap atlet para untuk memastikan mereka memberikan prestasi terbaik.
“Bagi setiap individu dengan kecacatan, adalah penting untuk mengggunakan bakat mereka agar masyarakat dapat melihat jauh daripada batasan fizikal mereka.
“Kemampuan istimewa ini perlu dipamerkan dan digunakan sebagai motivasi untuk berjuang demi kemenangan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas Fatimah muncul sebagai tetamu dalam program ‘Selamat Pagi Malaysia’ di saluran TV1 RTM hari ini.
Sejumlah 10 sukan dengan 334 acara akan dipertandingkan, dengan anggaran 2,470 atlet dan pegawai akan menyertai Para SUKMA tahun ini.