AS hantar peluru berpandu balistik jarak jauh ke Ukraine


WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) membekalkan peluru berpandu balistik jarak jauh ke Ukraine secara senyap-senyap sebagai sebahagian daripada pakej sokongan ketenteraan pada Mac lalu. 

Pegawai AS mendedahkan Ukraine sudah menggunakan senjata berkenaan sebanyak dua kali, lapor Reuters.  

Sistem Peluru Berpandu Taktikal Tentera (ATACMS) jarak jauh boleh mencapai sasaran sejauh 300 kilometer, yang dihantar oleh AS akhir tahun lalu. 

Selama ini, Washington enggan membekalkan Ukraine senjata jarak jauh di tengah-tengah kebimbangan ia boleh digunakan pada sasaran jauh dan meningkatkan konflik di Russia.

Februari lalu, Biden meluluskan penghantaran peluru berpandu dan jumlah itu dimasukkan dalam pakej bantuan AS$300 juta (RM1.43 bilion) yang diumumkan pada bulan berikutnya. 

Penasihat Keselamatan Negara White House, Jake Sullivan berkata, AS akan menghantar lebih banyak senjata ke Ukraine. 

Jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel pula berbeza kenyataan apabila memaklumkan penghantaran itu belum diumumkan bagi menjamin keselamatan operasi di Ukraine atas permintaan mereka sendiri.  

Setakat ini, tiada pegawai mengesahkan bilangan ATACMS yang dihantar. 

Difahamkan, senjata yang dihantar bulan ini digunakan pada 17 April lalu, untuk menyerang sebuah lapangan terbang di Dzhankoi di Crimea, yang dirampas Russia pada 2014. 

Senjata itu juga digunakan bagi menentang tentera Russia di tenggara Ukraine, berhampiran bandar Berdyansk yang diduduki.





Source link

Leave a Reply