DIJANJIKAN bulan dan bintang sebelum kontrak ditandatangani, namun berputih mata bila tiada satu pun gerak kerja promosi. Bila ditanya perancangan masa hadapan, artis pula dituduh diva, berlagak popular dan menyombong diri. 

Itulah antara situasi yang dihadapi beberapa penyanyi apabila tersalah langkah meletakkan kepercayaan kepada sesetengah label rakaman yang culas dan tidak mempunyai strategi. 

Hasilnya, kerjaya mereka bukan sahaja tidak berkembang namun tidak bebas berkarya mahupun berkolaborasi dengan artis lain kerana terikat dengan perjanjian. Ibaratnya, disuruh terbang tinggi, namun sayap disepit tuan sendiri.

Lepas tanda tangan, apa?

Menurut sumber yang enggan didedahkan namanya, penyanyi ini menyifatkan tindakan menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat rakaman tempatan yang juga dirahsiakan namanya sebagai sebuah pembaziran masa. 

Dakwanya, label hanya sekadar memburu artis yang sedang tular di media sosial, menunggang populariti mereka, namun tiada strategi untuk mengembangkan bakat.

Bukan itu sahaja, penyanyi ini mengakui, banyak kerja dan tawaran membuat persembahan diusahakannya sendiri. Begitu juga dengan kerja promosi, dia sendiri yang meminta bantuan rakan artis terdekat untuk berkongsi video lagu terbaharunya di media sosial. 

“Apa yang label buat? Sekadar tumpang nama sahaja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Lama-kelamaan, artis ini terasa diabaikan dan perlahan-lahan enggan meneruskan cita-cita mereka kerana semangat dipatahkan syarikat label rakaman. 

Situasi ini bukan hanya terjadi kepada seorang penyanyi sahaja, malah sumber kedua daripada syarikat rakaman berbeza mendedahkan ada syarikatnya tidak mempromosikan video yang telah dimuat naik. 

Penyanyi itu kemudian mengambil inisiatif berkongsi video tersebut di saluran Youtube miliknya dan memperoleh lebih banyak tontonan. Namun tindakan itu membuatkan namanya disenarai hitam oleh syarikat rakaman.

Bercakap secara eksklusif kepada Utusan Malaysia, bekas presiden Universal Music Asia, Sandy Monteiro, tidak menafikan situasi ini memang pernah dan masih berlaku sehingga hari ini. 

Dia pernah mendapat aduan bahawa sesetengah label bukan sahaja gagal mengembangkan bakat, namun ada yang menipu dengan mengambil 90 persen bayaran artis tersebut. Artis pula tiada mempunyai sebarang cara untuk menyemak sistem wang dan pendapatan syarikat.

“Saya bukan nak burukkan atau mengadu tentang industri yang pernah saya terlibat. Cuma saya juga mahu orang faham bahawa ekosistem hari ini sudah berbeza. Label sendiri pun sudah kekurangan orang. 

“Kalau dulu ada 8 orang di meja domestik, dan 8 orang di meja antarabangsa. Kini mereka hanya tinggal seorang. Individu itulah yang kena lakukan pemasaran, uruskan penerbitan, tanda dagang dan menguruskan Artis dan Repertoire (A&R). Mereka sukar fokus. 

“Namun kita tidak boleh nak salahkan jika artis mereka mengeluh. Memang pada asalnya mereka setuju tandatangan kontrak kerana mereka kurang kapasiti untuk lakukan promosi dan juga uruskan beberapa hal yang sepatutnya diselesaikan oleh label,” katanya. 

Pengurus yang baik akan dibenci label rakaman

Teruja, gembira dan terharu adalah reaksi yang sangat wajar jika anda menerima tawaran mana-mana syarikat rakaman. Itu menandakan, ada pihak yang sudah menghidu bakat dan potensi yang ada dalam diri penyanyi. 

Namun nasihat Sandy, penyanyi perlu benar-benar menyemak setiap syarat yang dinyatakan di dalam kontrak. Oleh itu penting untuk penyanyi membawa peguam atau mempunyai pengurus yang sangat baik untuk mengelola kerjaya mereka.

“Banyak artis yang tanda tangan  kontrak artis rakaman kerana terjebak dengan nostalgia bahawa artis itu pernah mewakili penyanyi ‘tertentu’ pada suatu masa dulu.

“Namun kewangan untuk membangunkan seseorang artis pada hari ini juga sudah tidak lagi sama seperti dulu. Saya sudah jumpa ramai artis yang diperdaya khususnya soal bayaran. Patut dapat ribuan ringgit, namun yang sampai ke tangan artis hanya ratusan. 

“Bawalah peguam untuk semak kontrak sebelum anda tandatangan. Kerana anda masuk ke dalam industri sebagai pekerja, anda cari makan di lapangan ini. Carilah juga pengurus yang baik dan pertahankan hak anda, pengurus yang baik selalunya dibenci syarikat rakaman,” tambahnya.

Maklum akan situasi yang berlaku kepada sesetengah artis rakaman, penyanyi, Imran Ajmain turut menasihati penyanyi agar bertanya mengenai jaminan usaha yang akan diberikan label rakaman. 

“Saya faham jika syarikat rakaman keluarkan duit, mestilah mereka nak pulangan modal. Namun, jika mereka tidak boleh berikan jaminan usaha, baik jangan tanda tangani kontrak. Lebih-lebih lagi jika artis itu baru dan tidak tahu apa-apa.

“Artis kena faham, menandatangani kontrak tidak menjamin apa-apa, oleh itu kena ambil tahu mengapa ada artis yang keluar atau dikeluarkan daripada syarikat itu sebelum ini,” katanya. 

Menurut penyanyi Padam Dan Pergi itu lagi, memang tugas artis untuk mencari sebarang persembahan sendiri dan usahakan kandungan harian di media sosial. 

“Artis tidak patut mengharapkan label semata-mata. Kerja label adalah untuk distribusi dan pemasaran artis. 

“Artis patut bagi sesuatu untuk dipasarkan dan bukan posting OOTD anda memanjang di media sosial,” katanya.





Source link

⊙✾๑Pakaian kerja artis bunga gaya Korea dalam kapas gaya Perancis dan linen sastera retro pakaian kerja Jepun yang ringk
Shopee.com.my
RM77.39
⊙✾๑Pakaian kerja artis bunga gaya Korea dalam kapas gaya Perancis dan linen sastera retro pakaian kerja Jepun yang ringk
✷Tujuan kedai. Besar dan besar! Artis solek bedak khas 130 * 20 studio puff serbuk lembut bulat kristal yang sangat besa
Shopee.com.my
RM24.20
✷Tujuan kedai. Besar dan besar! Artis solek bedak khas 130 * 20 studio puff serbuk lembut bulat kristal yang sangat besa
❏✔❀Perapi alis Jepun Shiseido untuk lelaki dan wanita dan artis solek jenis keselamatan pemula yang didedikasikan untuk
Shopee.com.my
RM23.49
❏✔❀Perapi alis Jepun Shiseido untuk lelaki dan wanita dan artis solek jenis keselamatan pemula yang didedikasikan untuk
❃♛Topi rambut kering turban asid hyaluronik Jepun tuala wanita penyerap super yang mengelap rambut cepat kering dan arti
Shopee.com.my
RM66.90
❃♛Topi rambut kering turban asid hyaluronik Jepun tuala wanita penyerap super yang mengelap rambut cepat kering dan arti

Leave a Reply