MIKEL Arteta berjanji Arsenal akan tampil cemerlang menentang Liverpool hujung minggu ini selepas mengakui skuad kendaliannya agak keletihan semasa menang 1-0 ke atas Shakhtar Donetsk pada Rabu.

The Gunners tetap mengekalkan permulaan tanpa kalah mereka dalam Liga Juara-Juara dengan bekerja keras menentang kelab Ukraine itu selepas kesilapan gol sendiri oleh penjaga gawang, Dmytro Riznyk pada minit ke-29.

BACA LAGI: Batik Malaysia ‘mendonia’ angkara Venom, tapi netizen siap tanya chatGPT buktikan batik asal Indonesia

BACA LAGI: [VIDEO] Asalnya kumpulan nasyid, ‘Di Renjis-Renjis’ versi rock metal jadi identiti muzik CSE Buskers

Penyerang Arsenal, Leandro Trossard membuat kesimpulan bahawa mereka terlepas sepakan penalti pada separuh masa kedua yang diselamatkan oleh Riznyk manakala David Raya, terpaksa melakukan tindakan bijak untuk menyelamatkan keadaan pada masa kecederaan bagi menafikan pemain Shakhtar, Pedrinho.

“Dua masa permainan yang sangat berbeza,” kata Arteta pula sambil memberitahu, pada separuh masa pertama, skuad dominan dan memiliki mencipta empat peluang besar.

“Kami sepatutnya dapat menamatkan permainan dengan jumlah penguasaan padang yang kami miliki.

“Kami kelihatan letih. Kami tidak mempunyai ketajaman untuk mendapatkan semula bola pada masa dan kawasan yang tepat yang membolehkan peralihan ketika permainan. Kami mempunyai peluang sekali lagi dan terlepas peluang penalti.

“Emosi itu sukar untuk diatasi yang kemudiannya kami sendiri terpaksa selesaikan. Tetapi penghargaan perlu diberikan mereka (Shakhtar) kerana mereka pasukan yang besar. Apabila anda beri peluang dalam permainan, mereka melihat sebagai satu ancaman. Tetapi secara keseluruhan ia adalah Liga Juara-Juara, dapatkan kemenangan bersih dan teruskan bermain untuk perlawanan seterusnya.

“Dua malam lalu, kami bermain dengan pemain antarabangsa selepas terbang dari Brazil dan beberapa negara lain.

“Saya menjangkakan sedikit penurunan prestasi dan hakikatnya, kami meletakkan begitu banyak tumpuan pada separuh masa pertama dan tidak mendapat jarak dari segi garis markah,” jelasnya.

2-77516070-e1726917699703

Arteta yakin dengan kekuatan pasukan yang bakal menentang Liverpool pada Ahad. Agensi

Arteta berfikiran perkara tersebut membebankan kerana Ketika permulaan permainan itu telah memperlihatkan bola berada di posisi yang tidak betul dengan banyak kawasan terbuka luas.

Bagaimanapun, beliau tetap positif akan mencapai kemenangan dalam masa empat hari untuk perlawanan menentang Liverpool pada Ahad

“Tetapi kita sekarang mempunyai empat hari. Percayalah, pada Ahad kita akan lebih cemerlang,” yakin Arteta.

Sementara itu, pemain Arsenal, Gabriel Martinelli berjaya menjaring gol buat Arsenal dengan rembatan mengenai tiang lalu melantun melepasi garisan di belakang Riznyk.

Beliau disifatkan begitu cergas dan aktif di atas padang oleh Arteta kerana pemain tersebut tidak diturunkan ketika perlawanan menentang Bournemouth.

“Prestasinya lain, dia mempunyai tahap ancaman berbeza dan memulakan permainan dengan sangat baik. Dia menunjukkan penampilan yang hebat untuk kita malam ini,” jelasnya.

Dengan ketiadaan pengambil sepakan penalti Arsenal iaitu Bukayo Saka dan Martin Odegaard, Trossard melangkah ke hadapan untuk menjalankan tugas itu.

Ia selepas pembantu pengadil video memutuskan lengan Valerii Bondar berada dalam kedudukan luar biasa dan menafikan peluang Kai Havertz untuk menjaringkan gol dalam perlawanan kelapan berturut-turut di tempat sendiri.

“Mereka membuat keputusan itu, pengambil penalti biasanya Bukayo dan Martin. Selepas itu, kami mempunyai dua atau tiga pemain yang boleh membuat keputusan dan malangnya Leo (Trossard) terlepas. Seperti yang anda katakan, ia adalah peluang yang disia-siakan,” jelas Arteta.

arteta-jpg

Mikel Arteta memuji persembahan Gabriel Martinelli semasa menetang Shakhtar— Agensi

Arteta kemungkinan berdepan cabaran di bahagian pertahanan semasa perlawanan menentang Liverpool pada awal pagi Isnin selepas pemain pertahanan Riccardo Calafiori dipaksa keluar pada separuh masa kedua akibat cedera lutut.

William Saliba pula digantung perlawanan selepas dibuang padang di Bournemouth dengan layangan kad merah, manakala Jurrien Timber dan Takehiro Tomiyasu kini diketepikan.

Namun, Arteta mendedahkan keputusannya untuk menggantikan Ben White dengan Mikel Merino pada waktu itu bukan disebabkan kecederaan.

“Ben adalah keputusan saya untuk membawanya keluar. Dia dilayangkan kad kuning dan cukup-cukuplah untuk kami bermain dengan 10 pemain bagi tempoh kebelakangan ini. Mereka mempunyai banyak kepadatan di bahagian itu dan ramai pemain di bahagian tersebut, jadi saya tidak mahu mengambil sebarang peluang di sana.

“Dengan Riccy dia terpaksa melepaskan diri kerana dia merasakan sesuatu. Saya tidak tahu sejauh mana perkara itu jadi dalam erti kata itu bukan berita yang baik,” kata pengendali The Gunners itu lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram





Source link

Leave a Reply