LONDON: Arsenal kembali merampas semula takhta Liga Perdana Inggeris untuk seketika selepas membenam Brighton dengan keputusan 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Emirates sebentar tadi.

The Gunners mengekalkan kesebelasan terbaik mereka untuk menentang skuad Brighton yang dikendalikan Roberto de Zerbi, namun tiada gol dapat dijaringkan pada separuh masa pertama.

Arsenal tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan di separuh masa kedua, apabila Gabriel Jesus memanfaatkan kesilapan pemain Brighton, Jan Paul van Hecke untuk menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol, Bart Verbruggen pada minit ke 53.

Gol tersebut menyemarakkan semangat anak buah Mikel Arteta, dan mereka berhasil menambah satu lagi jaringan menerusi pemain tengah, Kai Havertz pada minit ke 87.

Biarpun perlawanan diberikan masa tambahan selama enam minit, namun Brighton gagal untuk menembusi gawang Arsenal sekaligus memberikan kemenangan berharga buat tuan rumah.

Arsenal kini memimpin carta Liga Perdana Inggeris dengan 39 mata, namun pencabar utama, Liverpool yang kini mengekori rapat dengan 38 mata mungkin akan merampas semula kedudukan itu jika berjaya mengatasi Manchester United.





Source link

Dompet Kartun Comel Argentina brazil portugal germany manchester arsenal footballpencil case notebook notebook Kad Kredit Kreatif Dompet Pelajar Dompet Hadiah Lelaki untuk Kanak-kanak
Shopee.com.my
5.0
RM18.15
Dompet Kartun Comel Argentina brazil portugal germany manchester arsenal footballpencil case notebook notebook Kad Kredit Kreatif Dompet Pelajar Dompet...
INS recommended⊙2021-2022-2022 terbaharu gred terbaik AAA Jersi Bola Sepak Arsenal Untuk Kanak-kanak Jersi
Shopee.com.my
RM127.23
INS recommended⊙2021-2022-2022 terbaharu gred terbaik AAA Jersi Bola Sepak Arsenal Untuk Kanak-kanak Jersi
baju jersi jersi Peminat pasukan Arsenal, penembak bola sepak, Aubameyang, baju t-shirt lengan pendek untuk lelaki dan wanita
Shopee.com.my
RM55.97
baju jersi jersi Peminat pasukan Arsenal, penembak bola sepak, Aubameyang, baju t-shirt lengan pendek untuk lelaki dan wanita

Leave a Reply