Arif Aiman kekal bersama JDT


PETALING JAYA: Bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi telah menandatangani kontrak lanjutan bersama kelab berkenaan.

Musim 2023, boleh dikatakan musim mengagumkan apabila pemain muda itu menjaringkan 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan, selain beraksi cemerlang untuk skuad Harimau Malaya.

Pemain berusia 21 tahun itu, juga dijangka melengkapkan hatrik memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) musim ini selepas menggondolnya pada musim 2021 dan 2022.

Arif melakukan debut dengan skuad senior pada Mac 2020 selepas menyertai Akademi JDT pada 2018 dan dinaikkan pangkat daripada pasukan JDT IV, JDT III dan JDT II hingga ke skuad senior.





Source link

Leave a Reply