Apabila Anda Mengalami Kecederaan pada Tisu dan Sendi (Terseliuh), Apa yang Perlu Anda Lakukan…

Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) , kalau boleh, elakkan ; ✔️ Mengurut terlalu awal
✔️ Menyapu minyak panas Ia akan akibatkan radang menjadi bertambah serius dan semakin sakit. Sekaligus memperlahankan proses penyembuhan. Langkah yang disarankan adalah dengan. 1. Berehat
Kurangkan pergerakan dan beban pada kecederaan 2. Ais batu
Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan. Tetapi elakkan meletakkan ais secara berterusan, ia akan menggangu peredaran darah dan boleh akibatkan frostbite 3. Compress atau balut.
Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik. Jangan terlalu ketat 4. Tinggikan bahagian yang tercedera dengan letakkan ditempat yang lebih tinggi seperti atas kerusi dan timbunan bantal. Dapatkan pemeriksaan lanjut jika kesakitan semakin serius




Source

Leave a Reply