PELAKON Jay Iswazir, 42, disahkan bercerai dengan isterinya, Azzahra Ahmad menerusi satu perkongsian dimuat naik di laman Instagram pada Sabtu.
Menurut Azzahra, pengumuman itu dibuat bagi mengelakkan salah faham atau fitnah dari orang ramai berhubung hubungan mereka selepas ini.
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Jangan sampai hilang kepercayaan’, Tok Jalal titip nasihat agar suami sentiasa hargai isteri
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Memoir Seorang Guru’ alam nyata, Cikgu Al Tarmizi kongsi suka duka pengalaman mengajar di pedalaman Sarawak
Jelasnya, dia berharap agar bekas suaminya itu menunaikan tanggungjawabnya selepas bercerai.
Jay dan isterinya sah bercerai talak satu.
Dalam pada itu, pelakon Zalif Sidek menitip nasihat buat sahabat dan rakan seperjuangannya dalam dunia hiburan usai berita mengejutkan itu.
“Setiap kesulitan ada kesempatan, setiap tentangan memberikan kesempatan untuk belajar daripada kesalahan kita.
“Jadi ketika kau hadapi kesulitan, jangan takut untuk menghadapinya dgn tenang, ingat ALLAH, banyak berdoa sahabatku.
“Apa pun yang terjadi dalam kehidupan, kau selalu dapat bangkit kembali,” ciapnya di laman Instagram pada Ahad.
Terdahulu, pasangan itu mendirikan perkahwinan pada Mac 2022 namun Jay belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perceraiannya setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram