KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou yang menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Liek Hou muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) setelah menewaskan wakil Indonesia Suryo Nugroho 21-13, 21-15 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris, malam tadi sekali gus mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik Tokyo 2020.

Menerusi hantaran platform X hari ini, Anwar berkata pencapaian itu sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Kita beroleh pingat emas pertama di #Paralympic2024! Lebih membanggakan kerana saudara Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas yang dirangkul pada Paralimpik lalu.

“Tahniah! Saudara mengharumkan nama Malaysia di persada dunia!” katanya.



Source link

-25%
BUKU BIOGRAFI ANWAR IBRAHIM - Dari Cherok To' Kun Ke Kuala Kangsar
Shopee.com.my
4.9
RM30.00 RM40.00
BUKU BIOGRAFI ANWAR IBRAHIM - Dari Cherok To' Kun Ke Kuala Kangsar
-33%
Bakhoor Hamidi 70g Black Oud/ Ameera/ Al Azhar/ Al Anwar/ Oud Sharqia & Sheikha Bukhoor Dubai UAE
Shopee.com.my
4.9
RM12.60 RM19.09
Bakhoor Hamidi 70g Black Oud/ Ameera/ Al Azhar/ Al Anwar/ Oud Sharqia & Sheikha Bukhoor Dubai UAE
-65%
Bakhoor Ameera , Al Azahar , Al Anwar, Oud Sharqia and Sheikha dubai 70g
Shopee.com.my
4.9
RM23.24 RM66.40
Bakhoor Ameera , Al Azahar , Al Anwar, Oud Sharqia and Sheikha dubai 70g
Novel GHAIRAH - Zura Anwar (Seram/Thriller/Misteri)
Shopee.com.my
5.0
RM10.00
Novel GHAIRAH - Zura Anwar (Seram/Thriller/Misteri)

Leave a Reply