PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Jaguh powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin yang menyumbang pingat emas kedua buat negara di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Anwar dalam satu hantar di aplikasi X berkata, beliau turut berbangga dengan pencapaian Bonnie yang turut berjaya melakar sejarah baharu dengan memecahkan rekod dunia.

“Kita beroleh pingat emas kedua di #Paralympic2024 dan lebih membanggakan, saudara Bonnie Bunyau berjaya memecahkan rekod dunia!!

“Tahniah! Pencapaian saudara luar biasa!,” katanya di sini tadi.

Terdahulu, atlet kelahiran Sarawak berusia 25 tahun itu meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) setelah berjaya melakukan angkatan 232kg pada angkat ketiga sekali gus memadam rekod dunia miliknya iaitu 231kg.

Kejayaan Bonnie menyaksikan dia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya pada edisi Tokyo 2020 sekali gus menjadikannya pemenang pingat emas berganda Sukan berprestij dunia itu. a- KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply