Usaha dan semangat tinggi dipamerkan pasukan keselamatan, petugas kesihatan serta seluruh agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa banjir ketika ini amat dihargai. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai usaha dan semangat tinggi dipamerkan pasukan keselamatan, petugas kesihatan serta seluruh agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa banjir ketika ini.

“Penat lelah sehingga terpaksa berjauhan serta meninggalkan keluarga mereka, akan dikenang sebagai satu pengorbanan besar yang tidak ternilai kepada rakyat dan negara,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebook malam ini.

Perdana Menteri turut menyeru sektor swasta agar bersama-sama dan menyemarakkan semangat kebersamaan untuk terlibat dalam misi bantuan membantu rakyat yang memerlukan serta dilanda kesusahan saat ini.

“Seharusnya semua pihak harus turun padang dan sama-sama membantu meringankan beban ditanggung sehingga mereka yang terkesan ini dapat menjalani kehidupan seperti sediakala,” katanya.

Setakat 8 malam ini, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di lapan negeri ialah 99,823 orang. – Bernama

Source link

-25%
BUKU BIOGRAFI ANWAR IBRAHIM - Dari Cherok To' Kun Ke Kuala Kangsar
Shopee.com.my
4.9
RM30.00 RM40.00
BUKU BIOGRAFI ANWAR IBRAHIM - Dari Cherok To' Kun Ke Kuala Kangsar
(BUKU TERBARU!) ANWAR: Penjara ke Istana, PM Untuk Semua by M. Krishnamoorthy
Shopee.com.my
5.0
RM35.00
(BUKU TERBARU!) ANWAR: Penjara ke Istana, PM Untuk Semua by M. Krishnamoorthy
-10%
Anwar Triumphs: The Ascent Of Malaysia's 10Th Prime Minister Against All Odds By Mark Trowell (Paperback)
Shopee.com.my
5.0
RM76.50 RM85.00
Anwar Triumphs: The Ascent Of Malaysia's 10Th Prime Minister Against All Odds By Mark Trowell (Paperback)

Leave a Reply