Anjing kesayangan atau bakal isteri yang mana perlu diutamakan dulu?
MY PUPPY (2023)
Siapa pencinta haiwan korang wajib tengok filem ni. Serious best gaiss.. Kisah pasal seorang lelaki berdepan pilihan sukar dalam hidupnya apabila dia perlu memilih antara bakal isteri atau anjing peliharaannya. Kisahnya bermula apabila tunangnya memberitahu kepada lelaki tersebut bahawa dia mempunyai alergik terhadap anjing. Jika mahu berkahwin dengannya, lelaki tersebut perlu memberi anjingnya kepada orang lain.
Demi untuk berkahwin dengan tunangnya itu, lelaki tersebut dengan berat hati memutuskan untuk melepaskan anjing kesayangannya yang sudah dia anggap seperti keluarganya sendiri kepada orang lain. Maka bermula lah misinya mencari tuan baru untuk anjingnya itu. Kalau aku yang jadi lelaki tu, aku cari perempuan lain je🤣
Dia ditemani kawan baiknya memulakan perjalanan ke merata2 tempat. Semasa dalam perjalanan bermacam2 kejadian yang berlaku. Niat nak cari tuan baru untuk anjingnya tapi lain pulak yang jadinya apabila semakin banyak anjing lain yang bernasib malang dia temui. Dari seekor tiba2 jadi berekor2 pulak🤣 Siapa belum tengok lagi try lah tengok. Korang boleh tengok filem ni dekat Viu.
#ViuMalaysia