Pecah rekod negara! Atlet angkat berat Malaysia, Aniq Kasdan, telah melakukan angkatan 130kg dalam kejohanan angkat berat di Sukan Olimpik Paris 2024. Beliau telah mengatasi rekod negara sebelumnya yang dipegang oleh Aznil Bidin, iaitu 129kg yang dicatatkan semasa Kejohanan Dunia 2023 di Riyadh. Walaupun Aniq hanya satu kilogram dari meraih pingat gangsa, pencapaiannya menunjukkan potensi besar untuk kembali dengan lebih kuat di Sukan Olimpik akan datang.
Dalam pertandingan tersebut, Aniq mencatatkan angkatan snatch 130kg dan angkatan clean and jerk 167kg, yang menjadikannya pemegang rekod negara. Namun, walaupun menunjukkan kekuatan dan dedikasi, bintang muda ini gagal mendapatkan tempat di podium.
Aniq Kasdan menamatkan pertandingan dengan tempat keempat, dengan jumlah angkatan 297kg. Pingat gangsa telah dimenangi oleh Hampton Morris dari pasukan USA dengan angkatan 298kg. Pingat emas diraih oleh Li Fabin dari China, yang juga merupakan pemenang pingat emas di Sukan Tokyo sebelum ini.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh, menerusi Instagram dan Story, mengucapkan tahniah kepada Aniq dan menggalakkannya untuk berusaha lebih keras di Sukan akan datang serta tidak terlalu berasa kecewa dengan situasi ini. Kenyataan tersebut mencerminkan sokongan rakyat Malaysia yang masih berdiri teguh di belakang atlet tersebut dan meraikan pencapaian rekod baru yang dihasilkan.
Dalam satu temubual, atlet negara ini tetap positif dengan menyatakan, “Keputusan hari ini akan menjadikan saya lebih kuat di masa hadapan,” yang menyentuh hati rakyat Malaysia yang menyokongnya. Walaupun tidak membawa pulang pingat Olimpik kali ini, Aniq Kasdan akan dikenang sebagai atlet angkat berat yang memecahkan rekod.
Sumber: Instagram
Artikel ini ditulis oleh Jade Mary.
Ikuti kami di Instagram, Facebook atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.