Angka korban akibat ribut tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 90 orang. Foto AFP

MANILA – Angka korban akibat ribut tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 90 orang, manakala sekurang-kurangnya 36 lagi masih hilang, lapor Xinhua memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan Filipina (NDRRMC) pada Ahad.

NDRRMC memaklumkan bahawa banjir besar dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh ribut Trami menjejaskan lebih 5.7 juta orang di 16 wilayah di seluruh negara Asia Tenggara itu.

Trami, taufan ke-11 yang membadai Filipina tahun ini, menyebabkan kemusnahan besar di pulau Luzon khususnya di wilayah Bicol dan Calabarzon, serta kawasan di Filipina tengah dan selatan.

Pihak berkuasa masih mengesan 36 orang hilang.

Trami turut mengakibatkan banjir di Tuguegarao City, Cagayan, Filipina. Foto AFP

Ribut Trami turut menyebabkan lebih 8,000 orang terkandas di pelabuhan, menurut Pengawal Pantai Filipina.

Anggaran kerosakan Trami terhadap infrastruktur mencecah 825 juta peso (kira-kira RM60.7 juta), manakala kerosakan sektor pertanian dianggarkan bernilai 1.432 bilion peso (AS$RM106 juta).

Secara purata, 20 taufan melanda Filipina setiap tahun. – Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Source link

Teknik Close Sales Whatsapp. Strategi Close Sale Jana 5 Angka Di Wasap - Like A Boss
Shopee.com.my
4.9
RM1.00

16 Inch Number Foil Balloon (Gold/Silver/Rose Gold/Black/White) 16" Number Balloon 16 Inch Belon Nombor Angka 16寸数字铝膜气球
Shopee.com.my
4.9
RM1.09

-20%
Write & Brave - Enam Angka Menjelang Dua Puluh Lima
Shopee.com.my
5.0
RM26.40 RM33.00

Leave a Reply