Perjuangan Amerika terhadap syarikat-syarikat China di AS telah membuatkan beberapa jenama terpaksa berputih mata. Antara yang paling terkesan adalah Huawei dan TikTok. Kini, kedua-dua mereka sedang berusaha untuk mengatasi larangan ke atas penggunaan produk Amerika.
Menurut Reuters, ByteDance, syarikat di sebalik TikTok, dilaporkan akan menggunakan cip dari Huawei untuk melatih model AI baru. Dengan ramai syarikat berlumba-lumba ke dunia AI, tidak mengejutkan jika ByteDance juga ingin mencipta perisian sendiri. Tapi untuk itu, mereka memerlukan sumber yang mencukupi.
Sebelum ini, ByteDance menggunakan cip dari NVIDIA. Namun, dengan larangan terbaru Amerika terhadap syarikat berkenaan atas alasan keselamatan siber, rancangan mereka sedikit terbatas. Untuk mengatasinya, ByteDance mungkin akan beralih kepada perkakasan Huawei.
Walaupun ByteDance dan Huawei belum mengesahkan kolaborasi ini, nampak jelas bahawa mereka sedang membangunkan AI mereka sendiri. Baru-baru ini, TikTok juga telah menguji model AI di Filipina.
Sementara itu, Huawei terus berusaha bangkit selepas terjejas akibat kehilangan akses kepada cip dan Android. Syarikat-syarikat China kini sekali lagi mula menunjukkan tanda-tanda pemulihan, walaupun belum mencapai kejayaan seperti dulu, terutama dalam persekitaran tanpa produk dari Amerika.
LIHAT JUGA: TikTok sedang menguji bot AI di Filipina