Kuala Lumpur: Selepas kejayaan luar biasa di Malaysia dan Brunei dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM3.5 juta, filem Anak Perjanjian Syaitan 2 mula ditayangkan di pasaran antarabangsa iaitu di Pakistan bermula Jumaat lalu.

Tayangan ini akan menampilkan versi terjemahan dalam bahasa Urdu dengan judul baharu, Gunah yang bermaksud dosa.

Filem ini terus mendapat perhatian apabila berjaya kekal dalam senarai Top 10 di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei selama tujuh minggu berturut-turut sejak tarikh tayangannya pada 4 Januari lalu.

Selaku pengarah dan penerbit filem ini, Dr Ahmad Idham, 52, berkata, kejayaan filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang akan ditayangkan di Pakistan adalah kejayaan bersama. 

Katanya, kerjasama antara Grand Brilliance Studios dan Primeworks Studios menjayakan filem ini sehingga menarik minat pasaran luar negara.

“Ini adalah  peluang dan pencapaian besar dan kami ingin berkongsi kegembiraan ini dengan rakan-rakan pembikin filem Malaysia yang lain di mana industri perfileman tempatan kini mula mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

 “Kita harus terus cekal dan memberikan yang terbaik supaya pada masa hadapan kita dapat menembusi pasaran dunia yang lain. 

“Harapan kami, semoga filem Anak Perjanjian Syaitan 2 atau Gunah ini akan mendapat sambutan yang baik di 38 pawagam terpilih di Pakistan nanti,” katanya.

Mengenai filem Anak Perjanjian Syaitan 2 lagi, kata Idham, ia berbeza dari pengarahan genre drama dan romantik kerana menggunakan unsur ritual dan mempunyai kekangan yang tersendiri untuk tidak mencetuskan polemik serta menjaga sensitiviti.

“Saya mengharapkan garapan saya kali ini dengan penulisan skrip dan kuat didukung oleh barisan pelakon hebat dapat diterima ramai sekali gus menarik penonton ke pawagam. 

 “Anak Perjanjian Syaitan 1 mendapat sambutan yang baik walaupun pada masa itu kami terjejas oleh pandemik, tetapi ia masih mendapat kutipan yang memuaskan.

“Dengan sambutan filem pertama lalu, saya yakin untuk menerbitkan naskah terkini bagi kesinambungan dan sekuel terbaharu ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi 8TV, Pengedaran Filem & Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima, Kevin Foo berkata, Primeworks Studios sangat berbangga dengan pencapaian Anak Perjanjian Syaitan 2 yang berjaya membuka pintu ke pasaran antarabangsa.

“Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih semua yang terbabit  dan kesungguhan kami dalam menghasilkan karya yang dihargai di peringkat global.

“Kami berharap filem ini dapat memberikan pengalaman baru kepada penonton di Pakistan dan menyemarakkan lagi minat terhadap karya tempatan di arena antarabangsa.

“Ini hanya permulaan dan kami akan terus berusaha untuk mengukuhkan kehadiran filem Malaysia di persada dunia,” katanya.

Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 mengisahkan perjalanan seorang wanita muda, Azlinda (lakonan Eyka Farhana) dalam perjuangan menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil. 

Walaupun Azlinda sudah diagnosis  secara medikal dengan penyakit  ‘anxiety disorder’, dia yakin bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapa, sehinggakan bapanya tidak sanggup lagi untuk membesarkan Azlinda dan tekad menyerahkannya ke pusat kebajikan.

Mampukah Azlinda melawan perjanjian malapetaka yang menjadi sebahagian dari darah dagingnya atau adakah dia akan terus hidup dalam kegelapan sepanjang hayat?

Gunah diharap dapat memikat hati penonton di Pakistan dengan keunikan kisah seramnya yang mempunyai elemen kerohanian, relevan dengan konteks budaya tempatan. 

Tayangan ini menandakan satu langkah penting dalam usaha untuk memperkenalkan filem Malaysia ke pasaran antarabangsa dan mengangkat hasil karya tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Filem ini dimantapkan lagi dengan barisan pelakon terkenal seperti Alif Satar, Fasha Sandha termasuk pelakon berpengalaman seperti Azlan Komeng, Dian P Ramlee, Azizah Mahzan dan Shaharuddin Thamby.

Ia dimeriahkan lagi dengan lagu runut bunyi berjudul Murka atau Cinta nyanyian Puteri Khareeza yang vokalnya boleh membuatkan pendengar merinding serta membawa elemen rohani dalam lirik dan melodi lagu. 



Source link

CHEAP Unicorn Doll Fat Anak Patung Unicorn Besar Pony Toys Pillow Plushie Stuffed Toy Plush Budak Birthday Gift
Shopee.com.my
4.9
RM9.99
CHEAP Unicorn Doll Fat Anak Patung Unicorn Besar Pony Toys Pillow Plushie Stuffed Toy Plush Budak Birthday Gift
-92%
New Boba Fruit Tea Plush Toy Cute Bubble Tea Stuffed Doll Toys Family 25cm/35cm/50cm Anak Patung 玩偶 Kids Birthday Gift
Shopee.com.my
4.9
RM6.59 RM82.38
New Boba Fruit Tea Plush Toy Cute Bubble Tea Stuffed Doll Toys Family 25cm/35cm/50cm Anak Patung 玩偶 Kids Birthday Gift
-15%
[Ready Stock](11cm)(9 Design) Mini Cute Graduation Teddy Bear / Anak Patung Beruang Convo Comel Mini/ Rabbit Keychain
Shopee.com.my
4.9
RM1.59 RM1.89
[Ready Stock](11cm)(9 Design) Mini Cute Graduation Teddy Bear / Anak Patung Beruang Convo Comel Mini/ Rabbit Keychain

Leave a Reply