KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan lelaki yang ditahan pada 11 November lalu selepas disyaki membunuh dan menyumbat mayat ibunya ke  dalam peti sejuk beku lebih tiga tahun disambung reman sehingga 26 November ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan  masih dilakukan dan suspek sudah dibenarkan keluar dari Hospital Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 20 November lalu.

“Suspek dibenarkan keluar dari PPUM pada pukul 8.15 malam itu direman sehingga 26 November ini. Dia kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya belum memperoleh laporan autopsi mengenai kematian  ibu suspek daripada pasukan patalogi Unit Forensik PPUM dan berdasarkan laporan awal hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati warga emas berkenaan meninggal dunia akibat kecederaan pada dada.

“Kecederaan pada dada mangsa disebabkan dipukul objek tumpul namun tidak mempunyai maklumat jangkaan masa tepat bila mangsa dibunuh anaknya.

“Kita (polis) masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pasukan patalogi Unit Forensik PPUM,” kata beliau.

Selain itu, kata beliau, Jabatan Forensik telah menyerahkan mayat wanita berkenaan kepada suaminya pada pukul 9 pagi tadi.- UTUSAN 





Source link

CHEAP Unicorn Doll Fat Anak Patung Unicorn Besar Pony Toys Pillow Plushie Stuffed Toy Plush Budak Birthday Gift
Shopee.com.my
4.9
RM9.99
CHEAP Unicorn Doll Fat Anak Patung Unicorn Besar Pony Toys Pillow Plushie Stuffed Toy Plush Budak Birthday Gift
-92%
New Boba Fruit Tea Plush Toy Cute Bubble Tea Stuffed Doll Toys Family 25cm/35cm/50cm Anak Patung 玩偶 Kids Birthday Gift
Shopee.com.my
4.9
RM6.59 RM82.38
New Boba Fruit Tea Plush Toy Cute Bubble Tea Stuffed Doll Toys Family 25cm/35cm/50cm Anak Patung 玩偶 Kids Birthday Gift
-37%
[Ready Stock](11cm)(9 Design) Mini Cute Graduation Teddy Bear / Anak Patung Beruang Convo Comel Mini/ Rabbit Keychain
Shopee.com.my
4.9
RM1.19 RM1.89
[Ready Stock](11cm)(9 Design) Mini Cute Graduation Teddy Bear / Anak Patung Beruang Convo Comel Mini/ Rabbit Keychain

Leave a Reply