AMD dijangka akan melancarkan Ryzen Z2 SoC, pengganti kepada siri Ryzen Z1 yang amat popular. Siri Z1 ini sebelum ini dihasilkan bersama ASUS dan mula diperkenalkan dengan ROG Ally. Dijadualkan akan dilancarkan tahun depan, baru-baru ini beredar khabar angin bahawa AMD bukan sahaja menghasilkan satu tetapi tiga variasi chipset ini.
Kononnya, AMD sedang dalam proses untuk mengeluarkan Ryzen Z2 Extreme, Z2, dan Z2G. Ketiga-tiga variasi ini dijangka akan mempunyai 12 Compute Units (CUs), tetapi menurut HXL, setiap satu akan menggunakan senibina yang berbeza. Ini bermakna, bergantung kepada chipsetnya, pemproses tersebut mungkin dikuasakan oleh senibina Strix Point, Hawk Point, atau Rembrandt.
Z2E 12CU RDNA3.5 (Strix Point)
Z2 12CU RDNA3 (Hawk Point)
Z2G 12CU RDNA2 (Rembrandt)https://t.co/4DCn5PTeTY— HXL (@9550pro) 22 Oktober 2024
Seperti yang anda mungkin sudah agak, Ryzen Z2 Extreme yang menjadi model terbaik, dijangka akan berasaskan senibina Strix Point yang memacu chipset Ryzen AI mobile AMD. Ini penting untuk pengalaman gaming, kerana ia akan dilengkapi dengan CUs RDNA3.5 yang lebih berkuasa, yang kini dipasarkan dengan siri Radeon 800M.
Untuk model Z2 dan Z2G, dikatakan bahawa mereka akan menggunakan senibina Hawk Point dan Rembrandt. Hawk Point merupakan senibina yang sama digunakan oleh model Z1 Extreme dan Z1, sementara Rembrandt menggunakan teras RDNA2 yang sudah agak berumur.
Terdapat juga cakap-cakap mengenai Ryzen Z2 Extreme X SoC yang lebih berkuasa. Chipset ini dilaporkan akan mempunyai 16 teras RDNA3.5, sama seperti Radeon 890M yang digunakan pada Ryzen AI 9 HX 370. Namun, chipset ini nampaknya telah dibatalkan.
(Sumber: Videocardz, HXL, BiliBili)
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.