KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di seluruh negara sehingga jam 9 malam ini, menurut amaran terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Dalam kenyataan pada jam 5 petang tadi, MetMalaysia menyenaraikan kawasan terjejas termasuk negeri Perlis; Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.
Kawasan lain yang dijangka terjejas adalah Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub); Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau); Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) juga termasuk dalam senarai.
Di Sabah dan Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, serta Pedalaman dan Tawau di Sabah.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam satu kenyataan.
MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam dari waktu dikeluarkan. – HARAKAHDAILY 23/11/2024