MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga jam 7 malam ini. - Gambar hiasan

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga jam 7 malam ini. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga jam 7 malam ini.

Menerusi amaran cuaca yang dikeluarkan pada jam 3.35 petang, MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selain itu, di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Maran).

Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching, Bau, Serian, Tebedu, Betong, Sarikei, Pakan, Bintulu, Miri, Marudi dan Limbang, serta Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan).

Menurut MetMalaysia, amaran ini dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – Bernama



Source link

Aputure Amaran 100d S / 200d S / 100x S / 200x S LED Light Daylight / Bi-Color LED Monolight 100% Original Aputure
Shopee.com.my
5.0
RM399.00
Aputure Amaran 100d S / 200d S / 100x S / 200x S LED Light Daylight / Bi-Color LED Monolight 100% Original Aputure
amaran Ace 25x Bi-Color / 25c RGB LED Light Panel with Magnetic Soft Dome Diffuser
Shopee.com.my
5.0
RM299.00
amaran Ace 25x Bi-Color / 25c RGB LED Light Panel with Magnetic Soft Dome Diffuser
-24%
Aputure Amaran P60c RGBWW full-color LED Panel 60W, 2500K-7500K
Shopee.com.my
5.0
RM1,169.00 RM1,538.16
Aputure Amaran P60c RGBWW full-color LED Panel 60W, 2500K-7500K

Leave a Reply