MADRID: Sepanyol telah mengesahkan tempat mereka dalam peringkat akhir Piala Davis selepas kemenangan Carlos Alcaraz dan Roberto Bautista dalam perlawanan perseorangan menentang Perancis di Valencia pada hari Jumaat, lapor Xinhua.
Alcaraz menunjukkan prestasi yang mantap untuk memastikan Sepanyol melangkah ke pertandingan pada hari Ahad menentang Australia apabila beliau mengalahkan Ugo Humbert dengan keputusan 6-3, 6-3.
Humbert berusaha untuk bermain secara agresif terhadap pemain nombor 3 dunia itu, tetapi di hadapan penyokong tempatan, Alcaraz sentiasa nampak mempunyai kawalan terhadap perlawanan.
Bautista memberikan permulaan yang baik untuk Sepanyol walaupun pemain kelahiran setempat itu terpaksa bangkit selepas ketinggalan satu set dan satu break pada set kedua, sebelum mengalahkan Arthur Fils dengan keputusan 2-6, 7-5, 6-3 dalam masa hampir tiga jam.
Setelah kehilangan set pertama, Bautista kelihatan akan mengalami kekalahan ketika ketinggalan 5-3 pada set kedua, tetapi beliau menghasilkan dua layanan break berturut-turut untuk terus berada dalam perlawanan sebelum melangkah menuju kemenangan di set ketiga.
Peringkat akhir Piala Davis akan diadakan di bandar Malaga, Sepanyol dari 19 hingga 24 November.
– Bernama, Xinhua