Aku hirup baunya. Aku mula dengan bismillah. Jangan kata aku tak kongsi. Emmm… layan. Padu betul!

Ada yang kata menikmati makanan itu cukup sekadar merasa di lidah. Kalau sedap, makan saja. Tak perlu persoalkan keseimbangan rasa, tekstur, atau bagaimana ia berfungsi dalam tekak. Tapi betulkah begitu, atau kita sekadar terbiasa dengan apa yang kita suka tanpa benar-benar memahami bagaimana tekak kita bekerja?

Setiap kali kita makan, lidah mengesan lima rasa utama. Manis, masin, masam, pahit, dan umami. Isyarat dihantar ke otak, mencipta memori rasa yang menentukan sama ada kita suka atau tidak sesuatu makanan. Hidung pula melengkapkan rasa itu. Sebab itu bila selsema, makanan terasa hambar. Tekstur juga memainkan peranan besar. Ada makanan yang terasa enak kerana gabungan rangup dan lembut, ada yang tidak kena kerana teksturnya yang janggal.

Tapi apa yang lebih menarik, selera bukan sesuatu yang kekal. Dulu tak suka sayur, sekarang boleh makan. Dulu tak tahan pedas, lama-lama jadi ketagih. Otak belajar dari pengalaman, bukan sekadar genetik.

Jadi bila ada yang kata tekak seseorang tak sesuai untuk sesuatu makanan, adakah itu biologi atau sekadar kebiasaan? Kalau kita boleh belajar menerima kopi tanpa gula, kimchi, atau sushi mentah, kenapa tidak budu, petai, atau lemak cili api?

Tekak boleh dilatih. Selera boleh berubah. Begitu juga dengan cara kita menjaga kesihatan. Ramai yang rasa air kosong hambar pada mulanya, tapi bila mula mengurangkan gula, baru perasan betapa segarnya air tanpa perisa tambahan. Sama juga dengan makanan sihat. Apa yang dulu terasa membosankan, akhirnya jadi kegemaran bila kita biasakan.

Kadang-kadang, bukan tekak yang tak boleh menerima. Cuma kita yang belum membiasakan diri.

476467098 1069294905232007 7109240482988146301 n.jpg? nc cat=1&ccb=1 7& nc sid=833d8c& nc ohc=65pd7dsk KkQ7kNvgE9abyv& nc zt=23& nc ht=scontent kul2 2

Source

-20%
Karyaseni Novel: Seseorang Untuk Aku : Rehan Makhtar
Shopee.com.my
4.9
RM20.00 RM25.00
Karyaseni Novel: Seseorang Untuk Aku : Rehan Makhtar
-20%
Karyaseni Novel Terbaru: DIA UNTUK AKU - Rehan Makhtar
Shopee.com.my
5.0
RM20.00 RM25.00
Karyaseni Novel Terbaru: DIA UNTUK AKU - Rehan Makhtar
-13%
NOVEL AKU YANG KAU MAHU Karya CIK TET. Terbitan Kaseh Aries
Shopee.com.my
5.0
RM30.00 RM34.88

Leave a Reply