KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia sedang bersedia memperkenalkan akta baharu bertujuan menangani jenayah siber.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan akta itu penting dalam melindungi rakyat Malaysia dari pelbagai ancaman siber yang semakin meningkat.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana mengambil inisiatif dan berada di garisan hadapan untuk menjadikan akta baharu ini bagi kepentingan rakyat Malaysia.

“Ia meliputi semua lapisan masyarakat termasuk anak-anak di peringkat umur muda yang menggunakan internet sebagai ‘tools’ atau medium komunikasi.

“Kita prihatin terhadap mangsa buli, scam dan akta ini akan melihat beberapa aspek jenayah yang mungkin tidak berlaku sekarang tetapi ada perkara-perkara tertentu mengunjurkan, yang akan berlaku dalam dekad-dekad mendatang.

“Akta ini akan didraf sepenuhnya oleh Peguam Negara, chambers dan akan dibawa ke kabinet untuk pengurusan sepenuhnya sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan International Legal Conference on Online Harms 2024 di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.





Source link

-7%
Akta Kerja 1955 (Akta 265), Peraturan-Peraturan Dan Perintah & Perundangan Terpilih (Hingga 1hb Januari 2023)
Shopee.com.my
5.0
RM27.44 RM29.51
Akta Kerja 1955 (Akta 265), Peraturan-Peraturan Dan Perintah & Perundangan Terpilih (Hingga 1hb Januari 2023)
ChaTraMue Brand Thai Green tea (Tiada Tambah Perwarna mengikut Akta Makanan Malaysia 1983)
Shopee.com.my
4.6
RM9.90
ChaTraMue Brand Thai Green tea (Tiada Tambah Perwarna mengikut Akta Makanan Malaysia 1983)
-7%
Kanun Keseksaan (Akta 574) (Hingga 15hb Ogos 2023)
Shopee.com.my
5.0
RM20.93 RM22.51
Kanun Keseksaan (Akta 574) (Hingga 15hb Ogos 2023)
-7%
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) (Hingga 20hb Januari 2024)
Shopee.com.my
5.0
RM13.95 RM15.00
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) (Hingga 20hb Januari 2024)

Leave a Reply