PUTRAJAYA: Kerajaan masih kekal dengan pendirian dalam memastikan akses pendidikan dapat dinikmati oleh semua golongan, walaupun wujud cadangan untuk menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak-anak golongan kaya.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, dasar kepada akses pendidikan juga tidak berubah dan akan terus memberi keutamaan kepada semua golongan bermula dari pendidikan peringkat rendah sehingga ke institusi pengajian tinggi.

Jelasnya, ia berikutan timbul kritikan kononnya kerajaan cuba mendiskriminasi kumpulan tertentu daripada mendapat akses pendidikan selepas ini.

“Saya ingin memperbetulkan mana-mana pihak yang cuba memanipulasi seolah-olah kerajaan ini tidak tahu, atau pun (mendakwa) Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri tidak tahu realiti yang ada (kononnya) mengatakan bahawa orang kaya tidak akan pergi ke universiti ataupun tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

“Ini adalah satu pandangan yang bermain dengan sentimen politik dan sebab itu apabila kita menyuarakan pandangan ini, kita mahu supaya kalau ada pun pandangan atau kritikan, berikan pandangan yang membina supaya kerajaan boleh melihat dari perspektif yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2024 di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri memberi bayangan bahawa kerajaan akan menilai semula peruntukan subsidi dalam sektor pendidikan yang selama ini dinikmati golongan mahakaya.

Beliau menegaskan, perkara itu antara yang diberi keutamaan dalam pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober depan agar pemberian subsidi itu hanya diberikan kepada golongan miskin dan benar-benar layak.

Bagaimanapun, Zambry semalam dilaporkan berkata, sebarang langkah menghentikan subsidi pendidikan kepada anak golongan kaya di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) hanya akan dilaksana selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Dalam pada itu, Zambry berkata, mana-mana pihak tidak seharusnya memanipulasi apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri berhubung perkara tersebut kerana apa yang disampaikan adalah merujuk kepada sektor pendidikan tinggi.

“Dasar kerajaan untuk memberi peluang kepada semua peringkat, semua kalangan sama ada mereka daripada B40, M40 termasuk juga T20 untuk masuk ke universiti adalah sama.

“Tetapi pada masa sama, kita perlu melihat juga kemampuan kewangan terutama dalam kalangan keluarga susah dan sukar mendapat tempat belajar, ini kita berikan keutamaan,” katanya. – UTUSAN





Source link

-54%
Mifare IC REWRITABLE 13.56MHz(RM 1.35 WHOLESALE ) IC Card PINTU AKSES CLONE, DUPLICATE DOOR Access (Read, WriteClone)
Shopee.com.my
4.9
RM1.35 RM3.00
Mifare IC REWRITABLE 13.56MHz(RM 1.35 WHOLESALE ) IC Card PINTU AKSES CLONE, DUPLICATE DOOR Access (Read, WriteClone)
-52%
EM 4100 door access card Proximity ID card READ and WRITE THICK card 125KHZ RFID Access , pintu Akses kad EM4100
Shopee.com.my
4.9
RM0.58 RM1.21
EM 4100 door access card Proximity ID card READ and WRITE THICK card 125KHZ RFID Access , pintu Akses kad EM4100
-38%
Mifare card tag (WHOLESALE RM 1.25) CLONE Pintu AKSES REWRITABLE COPY IC Keychain Tag CLONE, DUPLICATE DOOR Access
Shopee.com.my
4.8
RM1.35 RM2.21
Mifare card tag (WHOLESALE RM 1.25) CLONE Pintu AKSES REWRITABLE COPY IC Keychain Tag CLONE, DUPLICATE DOOR Access
[100 PCS / Read Only] ID Card 125Khz RFID Proximity Card TK4100, EM4200, EM4100 Door Access Card/ Kad Pintu Akses
Shopee.com.my
5.0
RM57.50
[100 PCS / Read Only] ID Card 125Khz RFID Proximity Card TK4100, EM4200, EM4100 Door Access Card/ Kad Pintu Akses

Leave a Reply