Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (kiri) berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara pada Isnin. Foto Bernama

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim (kiri) berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara pada Isnin. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão di Istana Negara, pada Isnin.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung lebih 30 minit itu, adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim; Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke Timor-Leste, Datuk Amarjit Singh Sarjit Singh.

Xanana Gusmão tiba di Malaysia malam tadi bagi memulakan lawatan rasmi selama tiga hari yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada 1 Julai tahun lepas.

Terdahulu, Xanana Gusmão disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis sambutan rasmi, diikuti dengan mesyuarat dua hala di Seri Perdana, Putrajaya.

Turut hadir pada majlis sambutan itu, ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, anggota Jemaah Menteri, diplomat asing, dan pegawai kanan kerajaan.

Xanana Gusmão dan Anwar kemudian mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hubungan dua hala dan potensi kerjasama antara kedua-dua negara itu, diikuti dengan satu sidang media bersama.

Anwar turut meraikan rakan sejawatannya itu dalam majlis makan tengah hari di Seri Perdana, Putrajaya.

Tahun lepas, nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste berjumlah RM196.7 juta dengan eksport Malaysia ke Timor-Leste bernilai RM195 juta manakala import produk daripada Timor-Leste berjumlah RM1.7 juta. – Bernama



Source link

{JK} Malaysia 2017 - Seri Padua Yang Di-Pertuan Agong Special Edition From Stamp Sheet MNH
Shopee.com.my
5.0
RM5.90
{JK} Malaysia 2017 - Seri Padua Yang Di-Pertuan Agong Special Edition From Stamp Sheet MNH
Malaya Malaysia Agong Or Sultan Used Stamps
Shopee.com.my
5.0
RM2.20
Malaya Malaysia Agong Or Sultan Used Stamps
2017 Malaysia Installation of 15th YDP Agong XV Sultan Muhammad V FDC MS Fine
Shopee.com.my
5.0
RM17.50
2017 Malaysia Installation of 15th YDP Agong XV Sultan Muhammad V FDC MS Fine

Leave a Reply