Agong berkenan hadir Majlis Aidilfitri Kementerian Perpaduan


PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat menghadiri Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof serta beberapa  barisan menteri Kaninet dan pegawai tertinggi kerajaan.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kehadiran Baginda dan pemimpin tertinggi negara ini adalah sebagai tanda sokongan padu terhadap kementerian dalam usahanya memartabatkan agenda perpaduan di negara ini.

“Ini membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan dan kesepaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama.

“KPN akan terus menggandakan usaha untuk memelihara keharmonian dan keamanan negara  serta menjadikan semangat muhibah sebagai tunjang kepada kemajuan Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Bertemakan Perpaduan Melalui Perayaan, sambutan ini diadakan sebagai platform kepada warga kementerian, jabatan dan agensi untuk berkumpul dengan semangat perpaduan dalam suasana harmoni bagi meraikan perayaan Aidilfitri.

Majlis ini bertujuan berkongsi hasrat dan harapan Baginda dan kepimpinan kerajaan dalam memperkasa agenda perpaduan negara dalam kalangan rakyat sebagai asas kestabilan dan pembangunan negara mampan. – UTUSAN





Source link

Leave a Reply