KUALA LUMPUR – Rangkaian pasar raya besar terkemuka, AEON BiG (M) Sdn. Bhd. (AEON BiG) komited menyokong inisiatif sukan, komuniti dan pembangunan belia di negara ini.

Pengarah Urusan AEON BiG Sdn Bhd, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, ini dibuktikan apabila pihaknya meneruskan tajaan bagi musim kedua kepada kelab bola sepak Setiawangsa Rangers FC (SRFC).

Beliau berkata, penajaaan kepada pasukan tersebut adalah bagi memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang bangsa selain menerapkan gaya hidup aktif dalam penjaga­an kesihatan.

“Ini tahun kedua kami (AEON BiG) bersama Setiawangsa Rangers FC. Bagi kami kolaborasi bersama pasukan bola sepak ini adalah untuk membantu pembangunan komuniti’.

“Walaupun kita ada menaja kelab lain di Liga Super seperti Selangor FC, Terengganu FC dan pasukan kebangsaan, kita tidak mahu pasukan-pasukan komuniti ini tersisih.

“Ini kerana kelab-kelab komuniti seperti ini juga memerlukan penajaan dan kebetulan juga pasar raya kami berada di Wangsa Maju dan penajaan ini adalah sebagai penghargaan kepada komuniti setempat yang telah memberi sokongan kepada kita,” katanya semasa Majlis Pelancaran Jersi SRFC semalam.

Menurut Sheikh Farouk, selain memberikan penghargaan kepada komuniti setempat, pihaknya mahu bakat-bakat sukan yang ada di kawasan tersebut dicungkil hingga ke peringkat tertinggi.

“Ini dapat dilihat apabila pa­sukan ini (SRFC) sudah banyak ‘menghasilkan’ pemain-pemain bola sepak wanita dan lelaki untuk pasukan-pasukan terkemuka negara dan pasukan kebangsaan.

“Jadi, ini salah satu sebab kenapa kita meneruskan penajaan kepada SRFC untuk tahun kedua ini,” katanya.

NIK NAZMI (dua dari kanan) dan Sheikh Farouk (tiga dari kanan) ketika meninjau jersi-jersi SRFC yang dijual di AEON BiG Wangsa Maju semalam.

Sheikh Farouk berkata, penajaan syarikat itu adalah dalam bentuk wang tunai, makanan dan minuman serta menerusi penjualan rasmi jersi-jersi SRFC di cawa­ngan AEON BiG Wangsa Maju.

“Kita bukan sahaja menaja mereka, tetapi kita beri kemudahan untuk mereka berniaga dan mempromosi produk pasukan dalam AEON BiG supaya komuniti setempat dapat menyokong pasukan SRFC.

“Selain pasukan SRFC, jersi dan barangan rasmi pasukan lain juga turut dijual di AEON BiG se­perti Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC di cawangan AEON BiG yang terpilih. Matlamat kita adalah bukan sahaja membantu pasukan ternama, tetapi pasukan komuniti juga kita bantu,” katanya.

Tambah beliau lagi, selain pa­sukan SRFC, dua lagi pasukan komuniti iaitu pasukan bola sepak wanita Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Super Safee
Soccer School turut menerima penajaan daripada syarikat ter­babit.

Sheikh Farouk memaklumkan, selain bola sepak pihaknya telah menaja beberapa sukan lain iaitu sepak takraw dan pad atahun lepas baseball.

Terdahulu, Majlis Pelancaran Jersi Setiawangsa Rangers FC (SRFC) disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Penaung SRFC, Nik Nazmi Nik Ahmad di AEON BiG Wangsa Maju.

Selain AEON BiG, SRFC turut menerima tajaan daripada Eko Setiawangsa, JL99 Group, CRSC Group, Jetcon Engineering Services Sdn Bhd.

Keistimewaan kali ini, lengan jersi baharu Setiawangsa Ran­gers FC mempromosikan usahawan tempatan iaitu Runchit, Soberbites, Mafidz dan Ultra TS.

SRFC yang telah ditubuhkan pada 2018 di bawah naungan Nik Nazmi Nik Ahmad telah mencapai pelbagai kejayaan di peringkat komuniti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.





Source link

AEON Barcode Label 35x30mm Maroon Yellow Consignment Hardline Aeon Vendors Sticker Avery Art Paper [4kpcs/r 1roll Pack]
Shopee.com.my
5.0
RM19.80
AEON Barcode Label 35x30mm Maroon Yellow Consignment Hardline Aeon Vendors Sticker Avery Art Paper [4kpcs/r 1roll Pack]
AEON Voucher AEON VOUCHERS RM20 / RM10 Expired ON 31-03-2025
Shopee.com.my
4.7
RM10.96
AEON Voucher AEON VOUCHERS RM20 / RM10 Expired ON 31-03-2025
AEON Barcode Hang Tag 48x35mm Maroon Yellow Consignment Hardline Aeon Vendors Sticker Avery ISO Art Card [1000pcs/roll]
Shopee.com.my
5.0
RM11.00
AEON Barcode Hang Tag 48x35mm Maroon Yellow Consignment Hardline Aeon Vendors Sticker Avery ISO Art Card [1000pcs/roll]
【Aeon exclusive】Custom Tomica AEON Tuning Car Series 16th edition Subaru Impreza WRX STI (24-hour race specification)
Shopee.com.my
RM469.70
【Aeon exclusive】Custom Tomica AEON Tuning Car Series 16th edition Subaru Impreza WRX STI (24-hour race specification)

Leave a Reply