AEON agih lebih 30,000 bubur lambuk sempena Ramadan


KUALA LUMPUR: AEON menyemarakkan suasana sambutan Ramadan tahun ini dengan mengedarkan lebih 30,000 pek bubur lambuk secara berperingkat di 34  buah cawangannya di seluruh negara sejak dari 23 Mac lalu.

Program bubur lambuk AEON ini merupakan acara tradisi yang telah dilaksanakan  oleh AEON sejak sekian lama yang bertujuan mendekati masyarakat di samping  berkongsi kemeriahan dengan orang ramai khasnya pengunjung pasar raya AEON dan juga kepada mereka yang memerlukan. 

Ketua Pegawai Sumber Manusia dan  Pengarah Komunikasi Korporat AEON, Dr. Kasuma Satria Mat Jadi berkata, selain mendekatkan diri dengan masyarakat, aktiviti ini juga mampu menceriakan silaturahim dalam kalangan warga  AEON.

Dr. Kasuma Satria (tiga dari kiri) menyediakan bubur lambuk bersama wakil rakan niaga yang lain.

“Kami amat bersyukur kerana tahun ini merupakan tahun ke-40 AEON berada  di hati pengguna negara ini. Jadi kami ingin menyambut Ramadan tahun ini dengan  lebih kesyukuran. Program ini merupakan tanda terima kasih AEON kepada semua  pelanggan yang telah bersama AEON selama ini.” kata beliau. 

Setiap proses penyediaan dan agihan bubur lambuk untuk program itu dilakukan  sendiri secara gotong royong oleh warga AEON bersama komuniti setempat dan  pihak berkuasa tempatan. 

Antara program yang telah berlangsung ialah Program Kembara Ramadan yang  diadakan di AEON Mall Kota Bharu Kelantan pada 23 Mac lalu dengan AEON Mall Kota Bharu mengagihkan 1,500 pek bubur lambuk kepada  pengunjung dan juga keluarga yang memerlukan. 

Dr. Kasuma Satria turut sama membantu mengagihkan bubur lambuk kepada pengunjung AEON Mall Kota Bharu.

Program ini merupakan kolaborasi AEON Mall Kota Bharu bersama Jabatan Bomba  dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Koperasi Pengilang Produk F&B Berhad,  Kelab KB Underground dan beberapa rakan niaga AEON yang lain.

Sementara itu, Yayasan AEON Malaysia (MAF) juga mengagihkan 1,000 pek  bubur lambuk kepada pesakit, pelawat, dan petugas barisan hadapan di Hospital  Tunku Azizah di Kuala Lumpur melalui program AEON Mesra Ramadan. 

Bubur lambuk AEON yang disediakan oleh sukarelawan AEON dan komuniti setempat.

MAF merupakan cabang tanggungjawab korporat AEON yang melaksanakan  pelbagai program bantuan dan sokongan untuk komuniti yang memerlukan.  

“DI AEON kami sentiasa mengutamakan kesejahteraan masyarakat sekiling kami.  Kami ingin menjadikan AEON bukan sahaja sebagai tempat membeli belah tetapi juga  sebuah syarikat yang sentiasa menyantuni ekosistemnya melalui program kelestarian  dan kemasyarakatan yang sihat.

“:Kami amat bersyukur kerana dapat terus beroperasi  selama 40 tahun dan ingin meraikan kejayaan ini bersama pelanggan dengan terus  mengukir senyuman dan mengikat hati.” sambung Kasuma. – UTUSAN





Source link

Leave a Reply