SIHATKAH YOGURT DRINKS??

Eh mestilah sihat. Ada lactobacillus kan? Dalam iklan di TV kata bagus..

Ramai yang suka minuman berkultur dan belikan berbotol-botol untuk anak. Ye lah, iklan TV kata bagus. Tak sampai sehari dah habis satu paket.

Namun, tahukah anda, untuk menghasilkan air kultur atau susu masam ni supaya sedap diminum, banyak gula perlu diletakkan.
.

Perbandingan Kandungan gula setiap 100ml
– Coca Cola Classic- 10.6g
– Vitagen – 10.2g
– Nutrigen – 13g
– Betagen – 6.3g
– Lactel Bliss – 8.1g
– Yakult – 18.3g (sebotol 80ml = 14.6g)

Yang kecil pun banyak gula, bayangkan minuman yogurt botol besar.

Nak berikan kebaikan lactobacillus pada anak boleh. Tetapi pertimbangkanlah kandungan gula di dalam minuman dengan faedah kesihatan yang ada.

Sesudu yogurt asli sehari pun dah memadai kerana nak berikan kasih sayang kepada anak haruslah bersifat asli.

ywAAAAAAQABAAACAUwAOw==


Source

40 COMMENTS

Leave a Reply