BENARKAH KPM TIDAK MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN BAGI MENANGANI ISU KURIKULUM?
TIDAK BENAR. KPM PADA WAKTU INI SEDANG GIAT MELAKSANAKAN INTERVENSI KURIKULUM.
Pada bulan Mac 2024, Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah membuat pengumuman penting mengenai pelaksanaan intervensi kurikulum.
Ia bertujuan menangani kebimbangan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat terhadap kurikulum persekolahan sedia ada.
Intervensi kurikulum yang dilaksanakan merangkumi beberapa inisiatif penting seperti berikut:
Inisiatif 1: Menyusun semula kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Tahap 1.
Inisiatif 2: Menyediakan Modul Bimbingan (MOBIM) sebagai bahan sokongan untuk guru.
Inisiatif 3: Melakukan intervensi awal pengesanan tahap literasi dan numerasi murid.
Inisiatif 4: Memastikan pelaporan tahap penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) mudah difahami dan mesra ibu bapa.
Inisiatif 5: Melaksanakan penataran secara bersiri dan penerangan kepada ibu bapa.
Usaha bagi menangani isu kurikulum memerlukan kesabaran, kefahaman dan kerjasama antara guru, ibu bapa dan seluruh masyarakat. Ini penting bagi memastikan intervensi yang sedang berjalan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya.
#TerasKPM
#MalaysiaMADANI
#PendidikanManusiawi
#TaatSetia
Intervensi yang dijalankan ni bukannya dapat membantu pun jika kandungan silibus dan buku teks sedia ada masih diguna pakai. Buat intervensi tapi masih guna silibus yang sama. Tak ada beza pun sebenarnya. Murid masih tertekan dengan perkara merepek yang mereka kena belajar walaupun tak sesuai dengan umur. Masukkan pelbagai perkara ibarat nak lahirkan anak yang terus bijaksana daripada awal, padahal pada umur yang sebegitu mereka patutnya didedahkan dengan keseronokan menimba ilmu. Sekarang ramai yang tak suka ke sekolah sebabnya mereka tak dapat ikut apa yang diajar kat sekolah.
Haha. Warga KPM sendiri yang berbunyi. Jangan nak disorok gajah depan mata.
Try hard betul KPM pon .
Abu ada 16 biji bola merah. 1/2 daripada nya adalah warna biru. Bila masa dan tarikh bola hijau berada di dalam kotak biru.
#ubahsilibus
#ubahsilibussegera
#ubahsilibus
Bagi tahap sekolah rendah mantapkan dulu 3M..kuasai sepenuhnya..silibus yang gah tapi menyebabkan pelajar kurang minat belajar tak ada gunanya..