PUTRAJAYA – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan terdapat beberapa transaksi mencurigakan dalam kes kerugian dialami Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam pelaburan FashionValet Sdn Bhd.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, transaksi itu dikesan sejak 2018 hingga tahun lalu selepas menganalisa 60 kotak dokumen kewangan yang dirampas daripada Fashion Valet, Khazanah dan PNB.

Beliau berkata, pihaknya akan melihat kepada aliran punca kewangan dan sebab kemasukan dan ke mana wang itu dibelanjakan bagi melihat adakah terdapat unsur jenayah rasuah atau kesalahan lain membabitkan penipuan.

“Namun, kita percaya ada sebahagian pelaburan yang disalah guna dalam hal ini dan ia sedang kenal pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam perkembangan sama, Azam mengesahkan pasangan itu tidak akan ditahan buat masa ini, malah kedua-dua mereka memberi kerjasama penuh.

Menurutnya, pihaknya juga sedang menyiasat pemilikan barangan mewah yang pernah ditayangkan pasangan tersebut di media sosial.

“Satu laporan khas akan dibuat oleh Bahagian Perakaunan Forensik dan pengesahan sedang dilakukan mengenai pemilikan barangan mewah itu.

“Mereka perlu memberi kerjasama bagi mengenal pasti barang-barang yang ditunjukkan sebelum ini dalam media sosial,” katanya.

Sebelum ini, SPRM bertindak membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akuan syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish semalam.

Malah, kediaman pasangan itu turut digeledah dan 11 beg tangan serta seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000 telah disita.

Siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Vivy dan suaminya hadir ke Ibu Pejabat SPRM tiga hari berturut-turut sejak Selasa lalu untuk direkod keterangan berhubung kes itu.

Sumber memaklumkan, pasangan itu akan dipanggil lagi ke Ibu Pejabat SPRM esok pagi untuk dirakam keterangan. – UTUSAN





Source link

ADA Straw Halal 100% Food Based Eco Friendly Safe Edible Drink 一次性饮料吸管水草 Disposable Straw RiceStraws - Holiaomart
Shopee.com.my
4.9
RM6.99
ADA Straw Halal 100% Food Based Eco Friendly Safe Edible Drink 一次性饮料吸管水草 Disposable Straw RiceStraws - Holiaomart
-8%
ADA Straw Halal 100% Halal Food Based Ingredients Eco Friendly Safe Edible Rice Drinking Straw - Marketplace Harian
Shopee.com.my
5.0
RM4.79 RM5.26
ADA Straw Halal 100% Halal Food Based Ingredients Eco Friendly Safe Edible Rice Drinking Straw - Marketplace Harian
12pc Biodegradable Eco Straws Gift Box (Broken Rice, Tapioca) ADA Straw
Shopee.com.my
5.0
RM3.90
12pc Biodegradable Eco Straws Gift Box (Broken Rice, Tapioca) ADA Straw

Leave a Reply