ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 apabila menundukkan Shanghai Shenhua FC 3-0 dalam perlawanan kedua kumpulan A di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

JDT tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jaringan pembukaan apabila pemain bintangnya, Arif Aiman Hanapi berjaya menewaskan penjaga gol, Bao Yaxiong pada minit ke-11.

Pasukan tuan rumah hampir menambah gol pada minit ke-23, namun jaringan Oscar Arribas dibatalkan selepas pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati Arif Aiman yang menghantar bola berada pada kedudukan ofsaid.

Skuad Harimau Selatan tidak  berduka terlalu lama apabila tiga minit kemudian, Jorge Obregon berjaya menanduk masuk bola hantaran Murillo De Araujo Santos menjadikan kedudukan 2-0.

Babak kedua menyaksikan JDT terus mengasak kubu pasukan pelawat sebelum berjaya mendapatkan jaringan ketiga pada minit ke-80 menerusi sepakan percuma Juan Muniz Gallego.

PENYERANG JDT, Arif Aiman Hanapi dikawal dua pertahanan Shanghai Shenhua FC pada perlawanan ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Kedudukan 3-0 itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil, Adel Ali Alnaqbi dari Emiriah Arab Bersatu.

Dalam perlawanan pembukaan ACLE pada 18 September lalu di Shanghai, China, JDT terikat dengan jaringan 2-2 dengan Shanghai Port.

Skuad Harimau Selatan bakal berdepan kelab dari Korea Selatan, Gwangju FC dalam perlawanan ketiga pada 22 Oktober ini.

ACLE dahulunya dikenali sebagai AFC menggunakan format ‘swiss-system’, sama seperti Liga Juara-Juara UEFA (UCL) 2024/2025.

Berdasarkan format itu, 24 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Asia Barat dan Asia Timur dengan pasukan dalam setiap liga berdepan lapan lawan berbeza menerusi empat perlawanan di tempat sendiri dan empat perlawanan di tempat lawan.

Lapan pasukan teratas setiap liga akan mara ke pusingan 16 terbaik yang dijadualkan pada Mac 2025.





Source link

Original ACL Race Series Engine Bearing set Mitsubishi 4g63 Evo123 RVR/ Evo4-9 (evo4 evo5 evo6 evo7 evo8 evo9)
Shopee.com.my
5.0
RM880.00
Original ACL Race Series Engine Bearing set Mitsubishi 4g63 Evo123 RVR/ Evo4-9 (evo4 evo5 evo6 evo7 evo8 evo9)
ACL Race Engine Bearing Honda B-series Original B16a B16b B18c B18b B20b EK9 DC2 EG6 EG9 EF9
Shopee.com.my
5.0
RM740.00
ACL Race Engine Bearing Honda B-series Original B16a B16b B18c B18b B20b EK9 DC2 EG6 EG9 EF9
4G91 4G92 4G93 MITSUBISHI ACL RACE CONROD BEARING - SOCH DOCH MIVEC
Shopee.com.my
5.0
RM390.00
4G91 4G92 4G93 MITSUBISHI ACL RACE CONROD BEARING - SOCH DOCH MIVEC
ACL Race Bearing Mitsubishi 4G63 VR4 Mirage 4G61 4G67
Shopee.com.my
5.0
RM790.00
ACL Race Bearing Mitsubishi 4G63 VR4 Mirage 4G61 4G67

Leave a Reply