October lepas, Acer ada tunjukkan Nitro V 14 yang pertama kali dipersembahkan di IFA 2024. Pada masa tu, mereka hanya berkongsi spec ringkas untuk laptop ni sambil cakap yang itu je satu-satunya konfigurasi yang ada. Kini, laptop ni dah dilancarkan secara rasmi dengan harga yang ditetapkan.
Seperti yang Acer katakan sebelum ni, Acer Nitro V 14 hanya datang dalam satu konfigurasi dan satu pilihan warna sahaja – Pearl White. Spec yang dikongsi pun masih sama, termasuk paparan 14.6 inci 16:10 dengan resolusi 2,560 x 1,600 dan kadar segar semula 120Hz. Di dalamnya, ada prosesor AMD Ryzen 7 8845HS dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4050.
Dari segi spesifikasi, Acer Nitro V 14 hadir dengan 16GB DDR5 RAM dan penyimpanan 1TB PCIe 4 SSD. RAM boleh ditingkatkan hingga 64GB, manakala untuk SSD, walaupun tak ada angka tepat, Acer ada sebut dua slot SSD tersedia.
Acer Nitro V 14 dalam warna Pearl White kini boleh didapati dengan harga RM4,899 di kedai rasmi, laman web mereka, serta di Lazada dan Shopee. Bestnya, kalau korang beli sebelum 23 Februari, Acer akan bagi Nitro Wireless Gaming Controller percuma bernilai RM199. Siapa tak nak freebie kan?
Ikuti kami di Instagram, Facebook, Twitter atau Telegram untuk lebih banyak kemas kini dan berita terkini.