KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melumpuhkan sindiket penipuan antarabangsa yang menawarkan pelaburan dalam talian untuk warga Eropah dengan penahanan 49 individu di sebuah pejabat di Jalan Bukit Bintang di sini pada 6 Februari lalu. 

Kesemua tangkapan merupakan dua rakyat Malaysia dan 47 warga asing terdiri daripada 31 lelaki 18 wanita  berusia antara 20 hingga 41 tahun. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan awal mendapati sindiket tersebut dipercayai terlibat dengan penipuan pelaburan tukaran mata wang asing (forex) yang menyasarkan rakyat Perancis, Ukraine, United Kingdom dan Switzerland. 

Katanya, sindiket yang beroperasi sejak enam bulan lalu dipercayai menghantar pesanan ringkas secara rawak melalui telegram dan laman web RIACAPITAL. 

“Medium itu mengandungi pautan iklan pelaburan dalam talian kepada rakyat sasaran mereka menggunakan aplikasi Zopier dan Link CRM. 

“Setelah mangsa menyatakan berminat dengan tawaran pelaburan, mereka akan diajar untuk melabur dalam skim tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ, Bukit Aman di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Ramli berkata, selain dua warga Malaysia, tangkapan melibatkan 11 rakyat Guinea; lapan Algeria, masing-masing empat dari Togo dan Ukraine dan masing-masing tiga dari Maghribi dan Mauritius. 

Jelasnya, turut ditahan, masing-masing dua warga Cameroon, Congo dan Tunisia manakala seorang dari Armenia, Senegal, Haiti, Djibouti, Madagascar dan Chad. 

“Kita percaya dua warga Malaysia itu berperanan sebagai fasilitator atau membantu menggerakkan sindiket berkenaan manakala warga asing yang ditahan ada pas lawatan telah tamat tempoh selain menyalahgunakan pas pelajar 

“Dalam operasi itu, kita turut merampas 47 set komputer, 49 telefon bimbit, enam komputer riba dan dua televisyen,” katanya.

Menurut Ramli, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) dan 511 KK.

“Setakat ini dua tangkapan warga Malaysia telah dibebaskan dengan jaminan selepas reman tamat pada 10 Februari lalu.

“Seorang wanita warga asing turut dibebaskan dengan jaminan polis kerana mengandung pada 8 Februari lalu manakala suspek lain direman di bawah Akta Imigresen 1959/63 masing-masing sehingga 23 dan 24 Februari lalu,” katanya. – UTUSAN





Source link

DBP1: Ubat-Ubatan Warga tua
Shopee.com.my
RM15.00
DBP1: Ubat-Ubatan Warga tua
-25%
PEMAKANAN WARGA TUA - SURIAH ABDUL RAHMAN, TENGKU AIZAN HAMID
Shopee.com.my
RM18.00 RM24.00
PEMAKANAN WARGA TUA - SURIAH ABDUL RAHMAN, TENGKU AIZAN HAMID
Ubat-ubatan warga tua-L. Offerhaus (terpakai)
Shopee.com.my
RM26.00
Ubat-ubatan warga tua-L. Offerhaus (terpakai)
-1%
[ HB NORMAL ] SUSU KAMBING KURMA BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG, MENYUSU BADAN, KANAK2, WARGA TUA DAN SEMUA PERINGKAT UMUR
Shopee.com.my
4.9
RM20.70 RM20.91
[ HB NORMAL ] SUSU KAMBING KURMA BAIK UNTUK IBU MENGANDUNG, MENYUSU BADAN, KANAK2, WARGA TUA DAN SEMUA PERINGKAT UMUR

Leave a Reply