Di Indonesia, situasi pasangan yang berlainan agama memilih untuk berkahwin adalah normal, terutamanya di kalangan selebriti. Walaupun berkahwin disebabkan oleh cinta, tetapi perbezaan besar dalam kepercayaan serta agama sering menjadi cabaran utama dalam hal rumah tangga sehingga ada yang memilih untuk bercerai pada akhirnya.
Dalam artikel ini, Murai senaraikan pasangan selebriti Indonesia manakah yang kahwin berbeza agama dan memilih perceraian selepas bertahun-tahun bersama.
-
Yuni Shara & Henry Siahaan
Yuni (beragama Islam) dan Henry (beragama Kristian) telah berkahwin pada Ogos 2002 dan mempunyai dua anak lelaki. Selepas 6 tahun berkahwin, mereka memilih untuk bercerai.
Yuni Shara dengan tegas menolak dakwaan perceraian kerana berbeza agama atau kewangan. Memilih untuk menyelesaikan masalah secara privasi, keputusan untuk bercerai adalah pilihan terakhir mereka selepas semua percubaan untuk menyelesaikannya tidak berjaya.
-
Tamara Bleszynski & Mike Lewis
Tamara yang menganuti agama Katolik mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam selepas mempelajari agama tersebut. Manakala Mike pula kekal beragama Kristian.
Pada tahun 2010, pasangan ini berkahwin dan bercerai selepas dua tahun. Tamara mendedahkan perceraian itu bukan disebabkan oleh keganasan rumah tangga tetapi perbezaan kefahaman dan agama. Mereka kini masih lagi baik antara satu sama lain dan berkomunikasi demi anak.
-
Dhena Devanka & Jonathan Frizzy
Pasangan ini berkahwin pada tahun 2012 dan timbul spekulasi mengenai perkahwinan mereka dijalankan mengikut agama Islam. Tetapi Dhena menegaskan dia tidak pernah murtad, walaupun mereka berkahwin di Gereja Glow Fellowship Centre.
Dikurniakan 3 orang anak dan selepas 10 tahun berkahwin, pasangan ini bersetuju untuk bercerai memandangkan mereka berdepan dengan pelbagai masalah rumah tangga.
-
Kalina Oktarani & Deddy Corbuzier
Kalina yang menganut agama Islam dan Deddy yang menganut agama Kristan Katolik, telah memilih untuk berkahwin pada tahun 2005. Bagaimanapun, selepas 8 tahun mereka memilih untuk bercerai selepas pertengkaran kerap berlaku dalam rumah tangga.
“Kami masih lagi menyayangi antara satu sama lain, tetapi perbezaan agama dan ketegangan dalam hubungan ini menyukarkan kami untuk kekalkan perkahwinan ini.”
Apa-apa pun, Murai doakan semoga selebriti ini bahagia dengan kehidupan yang mereka pilih.