PONTIAN – Seekor tapir betina dewasa seberat 200 kilogram (kg) yang terperangkap di dalam parit kebun pisang berjaya diselamatkan di Kampung Parit Mastar, Benut, disini, pagi semalam.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pontian, Kapten (A) Muhammad Izuddin Ali berkata, pihaknya menghantar seorang pegawai dan lima anggota ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira pukul 8 pagi.

Katanya, pihaknya bersama penduduk kampung mengambil masa empat jam bagi menarik tapir naik ke atas dengan menggunakan tali.

“Alhamdulliah setelah empat jam berusaha, anggota APM dan orang-orang kampung berjaya menaikan tapir tersebut ke atas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Muhammad Izuddin, tapir tersebut kemungkinan sesat berdasarkan maklumat dari kampung yang tidak pernah menemui tapir sebelum ini.

“ Tapir ini kami akan serahkan kepada Jabatan Perlindungan dan Hidupan Liar (Perhilitan) Negeri Johor bagi tindakan selanjutnya,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE





Source link

Leave a Reply